Categories
Filem Terkini

Neil Patrick Harris Bakal Muncul dalam filem THE MATRIX 4!

Sumber yang dipetik dari Variety sebentar tadi telah mendedahkan bahawa Neil Patrick Harris adalah kemasukan terbaru untuk filem sekuel The Matrix.

Tiada sebarang butiran terperinci dan tambahan dapat dikongsikan setakat ini termasuk watak apakah yang bakal diberikan kepada bintang Doogie Howser M.D, How I Met Your Mother dan A Series of Unfortunate Event tersebut.

Selain beliau, Yahya Abdul-Mateen II turut disahkan kemunculannya bersama Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss yang akan kembali sebagai Neo dan Trinity. Masih belum ada perkhabaran tentang  Laurence Fishburne walaupun terdapat khabar angin menyatakan beliau akan memegang watak versi muda Morpheus.

Penggambaran prinsipal akan bermula seawal tahun hadapan.

Dapatkan anda meneka apakah peranan dan watak yang bakal dipersembahkan oleh Neil Patrick Harris dalam filem terbaru The Matrix ini? Komen seperti biasa menerusi ruangan tersedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.