Categories
Televisyen Terkini

2 DAYS & 1 NIGHT Terus Tutup Pintu Kim Seon Ho!

Sejak kebelakangan ini, karier Kim Seon Ho turun naik setelah kontroversinya yang memaksa bekas kekasihnya mengugurkan kandungan tular di seluruh dunia.

Tuduhan itu turut menyebabkan aktor itu kehilangan banyak kontrak besar.

Salah satunya ialah program variety 2 Days & 1 Night (2D1N) Musim 4 yang memerlukan beliau menjadi bintang tetap program itu. Manakala peminat pelakon Hometown Cha-Ca-Cha itu juga telah membuat petisyen supaya mengembalikan beliau dalam program tersebut.

Namun begitu, penerbit utama program itu Lee Hwang Sun menjawab sejak kontroversi itu menular, 2D1N sudah tidak mahu menampilkan beliau lagi. Mereka juga telah menjalankan pengambaran tanpa Kim Seon Ho. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.