Tonton Treler Rasmi Terbaharu Filem MEN IN BLACK: INTERNATIONAL!

Animasi, Filem, Terkini

Bersedialah wahai penduduk dunia dengan satu lagi ancaman intergalaktik!

Sebuah treler rasmi terbaharu untuk filem Men in Black: International sudah mula tertular hari ini yang menampilkan dua watak utama Agent H lakonan Chris Hemsworth da Agent M lakonan Tessa Thompson. Kedua-dua adalah duo sama yang turut dikenali menerusi filem Thor: Ragnarok (2017).

Kisah kali ini berpusat di kotaraya London dengan misi besar terbaru lebih runcing dan rumit: Memburu pengkhianat dalam organisasi Men in Black!

Tonton treler rasmi terbaharu tersebut di bawah ini:

Diarahkan oleh sutradara Straight Outta Compton (2015) dan The Fate of the Furious (2017) iaitu F. Gary Gray, ia turut menampilkan Steven Spielberg selaku penerbit eksekutif.

Men in Black: International akan berada di pawagam seluruh dunia pada 14 Jun, 2019.

Kelibat Batman Akhirnya Muncul dalam Episod Musim Terakhir Siri TV GOTHAM!

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Dengan episod terkini yang banyak dipengaruhi impak cerita filem Dark Knight Rises (2012), siri televisyen Gotham rasmi akan hadir buat kali terakhir pada minggu hadapan.

Maka akhirnya kita akan dapat melihat Bruce Wayne berubah menjadi adiwira bernama Batman buat pertama kali sejak siri ini diperkenalkan pada tahun 2014. Hampir kesemua jalan cerita tersebut nanti akan berlaku pada masa hadapan yakni 10 tahun selepas Bruce Wayne pergi berkelana dan kembali untuk membantu Detektif (Pesuruhjaya) Jim Gordon menumpaskan Riddler dan Penguin.

Duo itu kini sudah bangkit menyerap identiti mereka sebagai antagonis secara rasmi dengan Selina Kyle/Catwoman yang tampil lebih dewasa.

Tonton episod musim terakhir itu yang berjudul “The Beginning” dengan audio vokal watak Batman buat pertama kalinya:

Tonton Treler Rasmi Terbaru Filem HOBBS & SHAW dengan Penampilan ‘Black Superman’ dan Roman Reigns!

Filem, Terkini

Filem ini nanti bakal menjadi satu “kegilaan” yang dinantikan ramai untuk peminat sejati francais popular Fast & Furious!

Universal Pictures sebentar tadi telah melancarkan sebuah treler rasmi terbaru untuk filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw. Dan ia menampikan banyak aksi luarbiasa yang menakjubkan daripada dua bintang ternama Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Jason Statham dengan penampilan antagonis utama Idris Elba sebagai Brixton Lore atau digelar ‘Black Superman’ menerusi pendedahan treler ini.

Untuk peminat gusti profesional WWE pula, perhatikan kemunculan saudara jauh kepada The Rock iaitu  Roman Reigns yang menjalani penggambaran semasa beliau sedang melawan dengan sakit Leukemia.

Tonton treler tersebut di bawah ini dan nyatakan apakah pandangan tentangnya seperti biasa menerusi ruangan komen:

Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw akan berada di pawagam seluruh dunia pada 1 Ogos, 2019.

Tonton Treler Acah Rasmi Sulung Siri Televisyen Strim SWAMP THING!

Komik, Televisyen, Terkini

Awal hari ini, kita telah dimaklumkan bahawa penggambaran untuk siri televisyen strim Swamp Thing telah diberhentikan serta-merta.

Ini bermakna siri tersebut hanya akan menyiarkan 10 episod daripada 13 episod seperti yang dijadualkan sebelum ini. Dan sebagai respon kepada perkembangan tersebut, DC Universe telah mendedahkan sebuah treler acah rasmi sulung untuk tontonan umum.

Walaupun ianya ringkas tetapi pada penghujung video tersebut kita telah diperlihatkan dengan imej sebenar makhluk paya tersebut yang bangkit dari air dan setia luhur kepada sahsiah rekaan komiknya.

Swamp Thing kini sedang dibangunkan sebagai sebuah siri televisyen strim satu jam setiap episod oleh Mark Verheiden (Battlestar Galactica, Heroes, Ash vs. Evil Dead) dan Gary Dauberman (It, Annabelle, The Nun) selaku penulis skrip.

Swamp Thing dijadualkan untuk siaran rasmi seluruh dunia pada 31 Mei, 2019.

Michelle Yeoh Bakal Bintangi Sekuel Filem Terbaru AVATAR!

Filem, Terkini

Pelakon ternama kelahiran Malaysia, Tan Sri Dato’ Michelle Yeoh yang telah menikmati karier cemerlang di Hollywood kini dengan kejayaan blockbuster Crazy Rich Asians (2018) dan siri televisyen fiksyen sains popular Star Trek: Discovery telah terpilih untuk membintangi sekuel-sekuel terbaru Avatar arahan James Cameron.

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, beliau akan memegang watak seorang saintis bernama Dr. Karina Mogue.

Selepas mencipta nama dalam industri perfileman di Hong Kong dan seterusnya meletakkan namanya di persada antarabangsa sebagai Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies (1997), namanya semakin mekar dengan filem drama aksi Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan Memoirs of a Geisha (2005).

Avatar (2009) merupakan sebuah epik fantasi yang berlatarbelakangkan dunia asing bernama Pandora dan masih lagi bertakhta sebagai juara box-office setelah meraih kutipan rasmi US$2.8 bilion (RM11.58 bilion) di seluruh dunia.

Avatar 2 dijangka ada berada di pawagam seluruh dunia menjelang Disember 2020 dengan susulan tiga filem sekuelnya selepas itu.

Presiden Lucasfilm Sahkan Projek Filem/TV untuk KNIGHTS OF THE OLD REPUBLIC!

Filem, Komik, Novel, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Terdengar desas-desus beberapa tahun kebelakangan ini untuk projek aksi-hidup Star Wars: Knights of the Old Republic oleh Lucasfilm sejak sebelum pengumuman Star Wars: Episode VII – Tte Force Awakens lagi.

Dan tiada apa-apa perkembangan terbaru serta rasmi sehinggalah hari ini!

Walaupun belum jelas sama ada ianya akan menjadi sebuah filem atau siri televisyen untuk perkhidmatan strim Disney+, Presiden Lucasfilm sendiri iaitu Kathleen Kennedy mengesahkan bahawa pihak mereka sedang “membangunkan sesuatu” berdasaran adaptasi permainan video popular tersebut.

Bercakap kepada sumber MTV, ini kenyataan rasmi beliau dalam wawancara ringkas tersebut:

Berlangsung kira-kira 4,000 tahun sebelum penubuhan Empayar Galaktik, Knights of the Old Republic bermula sebagai sebuah permainan video oleh LucasArts pada tahun 2003. Tetapi disebabkan popularitinya yang begitu hebat, ia terus bercambah ke platform media lain seperti novel dan komik.

Apa pendapat anda tentang berita terbaru yang menarik ini? Mohon komen dan kongsi pendapat anda menerusi ruangan tersedia di bawah ini.

Lihat Pandang Pertama Godspeed dan Treler Promo Terbaru untuk Siri TV THE FLASH!

Komik, Televisyen, Terkini

Siri televisyen kegemaran ramai, The Flash kini kembali bersiaran dan bakal memperkenalkan kita kepada watak terbaru yang muncul dari multiverse iaitu Godspeed!

Dan ianya tampak begitu menarik dengan sut seragam berwarna putih bergaris keemasan persis rekaannya di dalam komik.

Walaupun imej-imej pandang pertama di bawah tidak menyediakan sebarang penjelasan terperinci, ini jelas memberi bayangan bahawa Godspeed bakal menjadi penjahat terkini yang akan mengancam hidup Barry Allen sebagai The Flash.

Berikut adalah treler, imej Godspeed termasuk sepasang treler acah untuk episod tersebut:

“After discovering that Nora (Jessica Parker Kennedy) is working with Thawne (Tom Cavanagh), Barry (Grant Gustin) and Iris (Candice Patton) disagree about how to handle their daughter in the wake of this shocking news. Team Flash isn’t sure they can trust Nora. So they go through her journal to find out exactly how she came to work alongside their greatest nemesis!”

The Flash dengan episod ‘Godspeed’ ini akan bersiaran pada 16 April, 2019.

Filem BIRDS OF PREY Selesai Penggambaran Prinsipal, Logo Judul Terbaru dan Rasmi Didedahkan!

Filem, Komik, Terkini

Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) dilihat sebagai sebuah filem yang amat berbeza berbanding dengan apa kita semua jangkakan sebelum ini.

Ia semestinya akan memberikan fokus kepada watak Harley Quinn selain anggota Birds of Prey yang lain dan tidak akan menampilkan Barbara Gordon/Batgirl sepertimana yang wujud di dalam sejarah siri komiknya. Akan tetapi, ianya pasti akan menjadi sebuah naskah filem yang begitu menarik kerana bakal menyaksikan sekumpulan perawan adiwira menentang antagonis bernama Black Mask.

Dan pada hari ini sebuah logo judul baru untuk filem tersebut didedahkan dan diyakini akan digunakan secara rasmi serta muktamad untuk promosi teaterikal kelak.

 

View this post on Instagram

 

That’s a wrap! 💋

A post shared by LuckyChap Entertainment (@luckychapentertainment) on

Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Februari, 2020.

Tonton Treler Rasmi Musim Terbaru Siri Animasi STAR WARS: THE CLONE WARS!

Animasi, Filem, Komik, Novel, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

“A war left unfinished… until now.”

Panel Khas The Clone Wars semasa berlangsungnya acara San Diego Comic Convention (SDCC) pada tahun lalu telah mendedahkan bahawa siri animasi kegemaran ramai tersebut akan kembali untuk Musim ke-7.

Dan semasa sesi hari terakhir Star Wars Celebration Chicago (SWCC) malam tadi, penerbit eksekutif Dave Filoni telah berkongsi sebuah treler rasmi baru yang kini sudah pun didedahkan secara rasmi di atas talian.

Ia menampilkan semula watak-watak popular seperti Anakin Skywalker, Obi Wan Kenobi, Captain Rex, Yoda dan ramai lagi. Lebih mengujakan adalah kelibat Ahsoka Tano berentap dengan Panglima Sith kegemaran ramai, Darth Maul!

Star Wars: The Clone Wars bakal dilancarkan sebanyak 12 episod serba baharu menerusi saluran strim Disney+ tanpa sebarang makluman terkini tarikh siaran rasmi. Sementara itu, tonton treler rasmi penuh di bawah ini untuk musim terbaru siri animasi tersebut:

Poster dan Imej Rasmi Terbaru Siri THE MANDALORIAN Didedahkan!

Animasi, Filem, Komik, Novel, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Panel Khas Star Wars Celebration Chicago 2019 (SWCC) untuk The Mandalorian merupakan slot penutup tirai bagi acara tahunan tersebut.

Dengan sebuah video belakang ekslusif pembikinan di belakang tabir dan treler rasmi untuk siri aksi hidup televisyen pertama itu ditayangkan untuk mereka yang hadir, jelas belum ada sebarang indikasi ia akan dilancarkan secara umum dalam masa terdekat ini. Namun begitu, kita telah memperolehi beberapa imej terbaru termasuk sebuah poster rasmi yang belum lagi diperlihatkan sebelum ini.

The Mandalorian akan berlaku 5 tahun selepas jalan cerita filem Star Wars: Episode VI – Return of the Jedi (1983) tamat dan sebelum kebangkitan The First Order menggantikan Empayar Galaktik. Menurut Jon Favreau yang bertindak sebagai sutradara projek ini:

“If you look throughout history, it’s fun at first. But it gets very complicated very quickly. The idea of that world after The Return of the Jedi and what would happen and what sort of characters would survive, and what it was like until the new Republic took over. You have vestiges of the Empire. You have only the strong surviving. You have chaos taking over the galaxy.”

Pedro Pascal sebagai Perajurit Mandalorian

Gina Carano sebagai Cara Dune

Carl Weathers sebagai Grief Carga

??? sebagai Perajurit Mandalorian #2

Episod Pertama The Mandalorian akan disiarkan secara rasmi menerusi saluran strim Disney+ pada 12 November, 2019.