THE MAGIC ORDER Sah sebagai Siaran TV Netflix, Episod Pengenalan Diarahkah James Wan!

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Ramai peminat sudah pun sedia maklum bahawa akan terdapat banyak pengumuman menarik sejurus selepas Netflix memperolehi kesemua label dan aset Millarworld.

Yang paling memberangsangkan sekali sudah tentunya status Netflizx kini sebagai penerbit komik.

The Magic Order sebagai siri komik sulung di bawah inisiatif tersebut kini rasmi telah mendapat arahan untuk dijadikan siri aksi hidup televisyen. Lebih menarik lagi, sepasukan unit kreatif sudah mula dibentuk dengan pengarah dan penerbit filem terkenal James Wan (Aquaman, Furious 7, The Conjuring) bakal menjadi sutradara episod pertama siri tersebut.

Dicipta dan ditulis sendiri oleh Mark Millar serta ilustrasi komik oleh Olivier Coipel, The Magic Order merupakan projek terbitan komik sulung Netflix daripada projek-projek komik lain yang akan datang.

Setakat ini, masih belum ada pengumuman tarikh siaran rasmi untuk The Magic Order.

Tonton Treler Rasmi Sulung untuk Siri Televisyen BATWOMAN!

Komik, Televisyen, Terkini

Awal hari ini, kita telah didedahkan dengan imej-imej promo terbaru untuk siri televisyen terbaru menerusi saluran CW.

Maka kini, rangkaian dan saluran sama yang menerbitkan The Flash, Arrow dan Supergirl itu telah hadir dengan sebuah treler rasmi sulung Batwoman yang menyaksikan Ruby Rose kembali berperanan Kate Kane dalam spin-off Elseworlds tersebut.

Treler rasmi itu boleh ditonton di bawah ini:

Pandang Pertama Sir Patrick Stewart dalam Siri Televisyen STAR TREK: PICARD!

Filem, Televisyen, Terkini

Hari ini adalah hari penyampaian CBS Upfront di bandaraya New York.

Ia merupakan masa di mana rangkaian stesen penyiar mempersembahkan siri televisyen untuk musim terbaru mereka kepada bakal penaja dan iklan. Dan semasa giliran penyampaian CBS, para pengamal media dan penggiat industri telah berasa bertuah kerana dapat menonton paparan ringkas video Sir Patrick Stewart yang bakal kembali beraksi sebagai Jean-Luc Picard untuk siri televisyen baharu mengenai kapten kapal angkasa USS Enterprise-D!

Dengan nama Star Trek: Picard, kami mendapat laporan bahawa judul tersebut belum lagi muktamad atau rasmi.

Ini kerana pihak produksi mahu merahsiakan seberapa banyak butiran seboleh mungkin untuk pengumuman lebih terperinci menjelang acara San Diego Comic-Con pada bulan Julai nanti.

Ianya dijangka untuk siaran perdana menerusi saluran strim CBS All Access menjelang hujung tahun 2019.

Tonton Treler Acah Rasmi Sulung untuk Filem MALEFICENT: MISTRESS OF EVIL!

Animasi, Filem, Terkini

Sebelum Angelina Jolie beraksi secara rasmi dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) sebagai Sersi untuk filem The Eternals, pemenang Anugerah Academy tersebut akan kembali terlebih dahulu menerusi Maleficent: Mistress of Evil.

Dan pada hari ini, sebuah treler acah rasmi telah dilancarkan dan anda boleh menontonnya di bawah ini:

Selain Angelina Jolie, barisan pelakon lain yang akan turut kembali adalah Elle Fanning sebagai Puteri Aurora, Sam Riley sebagai Diaval, Imelda Staunton sebagai Knotgrass, Juno Temple sebagai Thistlewit dan Lesley Manville sebagai Flittle. Mereka akan disertai oleh bintang-bintang ternama seperti Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Ed Skrein, Robert Lindsay dan Harrison Dickinson.

Maleficent: Mistress of Evil akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Oktober, 2019.

Mahu Tonton Detective Pikachu, Kanak-kanak Trauma Pawagam ‘Tertayang’ Filem The Curse of La Llorona!

Animasi, Anime, Filem, Komik, Manga, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Terkini

Sekumpulan kanak-kanak yang hadir bersama ahli keluarga ke pawagam untuk menonton filem Pokémon: Detective Pikachu telah diberi kejutan di luar jangkaan apabila sebuah panggung di Montreal, Kanada baru-baru ini telah dengan secara tidak disengaja menayangkan filem seram The Curse of La Llorona!

Penampakan tanda-tanda ‘tragedi’ tersebut bakal bermula apabila treler rasmi untuk filem Annabelle Comes Home, Joker dan Child’s Play telah ditayangkan sebelum filem sebenar dan ini jelas sama sekali tidak mesra kanak-kanak dan keluarga.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya mula menangis dan ia menjadi bertambah buruk apabila tayangan filem aksi hidup sulung Pokémon yang comel itu digantikan dengan filem puaka serta kisah benar La Llorona sebagai tayangan utama.

Mujur pihak panggung wayang telah mula peka dengan insiden yang berlaku dan terus menghentikan tayangan sebelum memindahkan para penonton ke dewa panggung lain di mana Pokémon: Detective Pikachu sebenarnya sedang berlangsung.

Ini bukan kali pertama kami menerima laporan kanak-kanak menangis dan trauma di dalam pawagam akibat keculasan operator filem.

Pada tahun lalu, sebuah panggung wayang yang menayangkan filem Peter Rabbit lakonan James Corden dan Daisy Ridley telah dengan tidak sengaja menayangkan treler filem Hereditary sebelum tayangan sebenar bermula.

Selepas IRON MAN 3 dan AVENGERS: ENDGAME, Ty Simkins Mengaku Sudah Sedia untuk Peranan Iron Lad dalam MCU!

Animasi, Filem, Komik, Terkini

Pada penghujung dan kesudahan filem Avengers: Endgame, pemerhati dan penonton bermata tajam pasti telah terlihat kelibat Ty Simpkins kembali sebagai Harley Keener (yang pertama kali muncul dalam Iron Man 3 sebagai kanak-kanak) semasa upacara persemadian Tony Stark/Iron Man.

Dan baru-baru ini, pelakon tersebut akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenain perasaan beliau kembali dalam satu babak terbesar dan bersejarah Semesta Sinematik Marvel (MCU) semasa acara tayangan perdana filem biografi pengarang terkenal, Tolkien:

“It was so cool coming back. When they gave me the call that I was going to do it, I was freaking out and screaming in the car. At first it wasn’t confirmed that I was going to come back and I didn’t want to mess it up. So my mom was asking ‘What is it? What is it?’ and I couldn’t tell her!”

Ditanya mengapakah watak tersebut diemput untuk menghadiri acara persemadian itu dan sama ada beliau masih lagi berhubungan dengan Tony Stark, pelakon itu menambah:

“I like to think that they did and that Tony was still taking care of him, because for Harley that bond was super close and he was his kind of his only father figure. So that’s what I was thinking about in the funeral scene, about how sad Harley would have been.”

Dan sejak kemunculannya dalam Avengers: Endgame, terdapat banyak spekulasi yang mengandaikan bahawa Harley Keener bakal menjadi memegang peranan sebagai Iron Man baharu. Jika diselak sejarah komik pula, Iron Lad (versi remaja kepada antagonis Kang the Conqueror dari masa hadapan) bakal mengetuai pasukan Young Avengers. Persoalan ini turut diajukan kepada pelakon muda tersebut dengan jawapan positif:
“Yes, 100%. I would love that! I’d do it, I’d do it. Without a doubt.”
Maka kini terpulanglah kepada Marvel Studios untuk menjadikannya keyataan untuk kita semua.

Peter Mayhew, Pelakon Asal Watak Chewbacca Meninggal Dunia pada Usia 74

Animasi, Filem, Komik, Manga, Novel, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Pelakon Peter Mayhew yang cukup popular di kalangan peminatnya seluruh dunia sebagai watak makhluk berbulu tebal dan bertubuh besar, Chewbacca menerusi filem-filem Star Wars telah meninggal dunia.

Beliau berusia 74 tahun.

Laporan mendukacitakan ini hanya hadir hari ini selepas beliau menghembuskan nafasnya buat kali terakhir pada hari Selasa lalu di kediamannya di Utara Texas dengan kesemua ahli keluarga berada di sisi beliau. Ianya dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi milik Peter Mayhew beberapa bulan selepas beliau menjalani pembedahan tunjang belakang (spinal surgery) dalam usaha untuk memperbaiki keupayaan pelakon tersebut untuk bergerak.

Anak jati kota London itu memegang peranan sebagai Chewbacca bermula dengan filem Star Wars: A New Hope (1977), The Empire Strikes Back (1980), Return of the Jedi (1983), Revenge of the Sith (2005) dan The Force Awakens (2015) sebelum digantikan oleh Joonas Suotamo dalam The Last Jedi (2017).