Judul Rasmi Filem JAMES BOND 25 Akhirnya Diumumkan!

Filem, Terkini

Setelah menanti sekian lama, akhirnya filem kisah pengembaraan dan aksi perisik paling popular sepanjang zaman karya asal Ian Fleming iaitu James Bond telah mendedahkan judul rasminya kepada umum.

Judulnya: No Time To Die

Selain watak utama Daniel Craig, barisan-barisan pelakon lain yang akan muncul adalah Rami Malek, Lashana Lynch, Billy Magnussen, Ana de Armas, Léa Seydoux, Ben Whishaw, Naomie Harris, Jeffrey Wright dan Ralph Fiennes.

Ianya ada berada di pawagam seluruh dunia pada 3 April, 2020.

Ewan McGregor Disahkan Kembali sebagai Mahaguru Jedi, Obi-Wan Kenobi!

Animasi, Filem, Komik, Manga, Novel, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Selepas bertahun-tahun lamanya kita dihadapkan dengan khabar angin serta spekulasi, nampaknya Ewan McGregor disahkan untuk kembali semula untuk beraksi sebagai Mahaguru Jedi, Obi-Wan Kenobi!

Berdasarkan himpunan sumber yang dipetik dari Cinelinx, Deadline dan MakingStarWars, bintang tersebut telah pun menandatangani perjanjian dan kontrak baharu bersama Lucasfilm untuk sebuah projek bersiri Star Wars menerusi saluran strim Disney+.

Adalah besar kemungkinan dan dipercayai bahawa satu pengumuman rasmi bakal dipersembahkan semasa acara D23 pada minggu hadapan untuk perkembangan di atas.

Taika Waititi Bakal Arah Sebuah Filem Rahsia Sebelum THOR: LOVE AND THUNDER!

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Terkini

Tidak. Thor: Love and Thunder tidak ditangguhkan pembikinan dan tarikh tayangannya.

Tetapi pengarah Taika Waititi dilaporkan akan mengarah sebuah filem rahsia di bawah studio Fox Searchlight sebelum memulakan projek pengembaraan filem Thor yang keempat itu. Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, beliau sendiri akan menulis dan mengarahkan filem tersebut di mana ia melibatkan Garrett Basch, Jonathan Cavendish dan pengarah Venom 2, Andy Serkis sebagai penerbit.

Tiada sebarang maklumat tambahan atau perincian plot dapat didedahkan setakat ini.

Kevin Conroy Bakal Tampil sebagai Bruce Wayne Aksi Hidup dalam CRISIS ON INFINITE EARTH!

Komik, Permainan Kanak-Kanak, Televisyen, Terkini

Dalam satu panel untuk saluran televisyen CW yang diadakan sempena acara Television Critics Association (TCA) hari ini, terdedah beberapa butiran eksklusif untuk siri pelintas 5-episod Crisis on Infinite Earths yang bakal siarkan pada hujung tahun ini.

Terkini adalah kehadiran Kevin Conroy yang begitu popular sebagai watak suara Bruce Wayne/Batman menerusi Batman: The Animated Series dan permainan video Arkham. Beliau bakal muncul sebagai Bruce Wayne aksi hidup daripada masa hadapan!

Ada besar kemungkinan beliau tidak akan mengenakan seragam Batman untuk siri pelintas tersebut tetapi dijangka menghuni semesta yang sama sepertimana watak Superman versi Kingdom Come lakonan Brandon Routh.