Hailee Steinfeld Ditawarkan Watak Kate Bishop untuk Siri TV Disney+ HAWKEYE!

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, bintang utama filem Bumblebee dan Spider-Man: Into the Spider-Verse iaitu Hailee Steinfeld telah ditawarkan watak sebagai Kate Bishop dalam siri televisyen stream terbaru Hawkeye terbtan Disney+!

Jeremy Renner sudah mengesahkan untuk beraksi kembali sebagai Clint Barton/Hawkeye dan dipercayai mengisahkan tentang cerita bagaimana beliau melatih protegé serta menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kate Bishop selaku Hawkeye yang baru.

Sekiranya rundingan positif dan perjanjian berjalan lancar, Hailee Steinfeld bakal melalui komitmen yang panjang bersama Marvel Studios dan Disney untuk tahun-tahun mendatang kerana bakal dikembangkan sebagai siri televisyen berasingan atau kemunculan di dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Pengarah WONDER WOMAN, Patty Jenkins Tandatangani Kontrak Eksklusif Netflix!

Animasi, Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Pengarah Patty Jenkins yang cukup popular menerusi filem Wonder Woman (2017) dan sekuelnya tahun hadapan Wonder Woman 1984 telah menandatangani kontrak eksklusif bersama Netflix untuk menerbitkan siri-siri televisyen baru untuk gergasi saluran strim tersebut.

Menurut Variety, jumlah perjanjian itu dianggarkan bernilai USD$10 juta dalam tempoh tiga tahun mendatang.

Naib Presiden Kandungan Tulen Netflix, Channing Dungey menyatakan:

“We’re thrilled to welcome Patty Jenkins to Netflix. Her trailblazing work has pushed boundaries and she confidently tells stories that leave an unforgettable mark. We look forward to fostering her many ideas and helping them come to life.”

Patty Jenkis membalas kenyataan tersebut:

“I’m so excited to embark on a great journey of making the new world of television with a company and group of people I admire as much as Ted Sarandos, Cindy Holland, Channing, Peter Friedlander and the team at Netflix. I look forward to digging in to some great work together soon.”

Beliau kini sedang sibuk menyiapkan naskah sekuel Wonder Woman selaku pengarah, penerbit dan penulis bersama yang mana kisah filem berlangsung pada tahun 1984 pada kemuncak Perang Dingin dan sebelum Justice League.

Wonder Woman 1984 dibintangi Gal Gadot sebagai Diana Prince/Wonder Woman, Chris Pine sebagai Steve Trevor, Kristen Wiig sebagai Barbara Minerva/Cheetah, Pedro Pascal dan Natasha Rothwell dengan tarikh tayangan rasmi pada 5 Jun, 2020.

Siri Sekuel WATCHMEN Akhirnya Umum Tarikh Siaran Rasmi di Saluran HBO!

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

HBO telah mengumumkan tarikh siaran rasmi untuk siri televisyen Watchmen yang dinantikan ramai secara eksklusif menerusi saluran premium mereka pada tanggal 20 Oktober, 2019.

Siri sekuel adaptasi novel grafik klasik karya Alan Moore dan Dave Gibbons itu diilhamkan oleh Damon Lindelof (Lost, Prometheus, Stark Trek Into Darkness) yang turut hadir selaku penulis skrip dan penerbit.

Musim sulung untuk Watchmen dijaduakan untuk siaran selama 9 episod sahaja.

Sementara plot cerita masih lagi sulit dan disimpan rapi, siri ini tetap menampilkan barisan bintang ternama yang terdiri daripada Jeremy Irons, Regina King, Jean Smart, Don Johnson, Tim Blake Nelson, Louis Gossett Jr., Yahya Abdul-Mateen II, Adelaide Clemens, Andrew Howard, Tom Mison, Frances Fisher, Jacob Ming-Trent, Sara Vickers, Dylan Schombing, Lily Rose Smith dan Adelynn Spoon.

Seorang pelakon dengan reputasi besar dan dirahsiakan identitinya telah dipilih memegang watak Dr. Manhattan yang akan kembali ke bumi setelah beberapa tahun bertapa di permukaan bulan dalam kesudahan jalan cerita Watchmen asal.

Marvel Studios Dilaporkan Punya Rancangan Besar dan Luarbiasa untuk DOCTOR DOOM!

Animasi, Filem, Komik, Manga, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Doctor Doom adalah antagonis terhebat dalam sejarah komik Marvel tetapi seolah-olah telah “dibazirkan” untuk tiga buah filem sebelum ini.

Kini, perhatian terus diberikan kepada Marvel Studios tentang perancangan lanjut bagaimana mahu membawa watak Victor Von Doom terus relevan ke layar pawagam. Dan satu khabar angin bertiup kencang di kala ini telah mendedahkan bagaimana Presiden Marvel Studios, Kevin Feige dan tenaga kreatifnya yang sudah pun mula menggerakkannya.

Berdasarkan satu sumber yang boleh dipercayai, Doctor Doom tidak akan muncul sebagai musuh utama Fantastic Four dalam pengembaraan sulung mereka untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU). Tetapi itu tidak bermakna beliau akan berhenti daripada memberi ancaman kerana Marvel Studios bersiap-siaga untuk rencana cerita lebih besar demi masa hadapan MCU.

Salah satu idea tersebut adalah memperkenalkan kisah asal-usul Dr. Doom menerusi saluran strim Disney+ TV sebelum hadir bertembung dengan Fantastic Four.


Hanya masa akan menentukan perkhabaran di atas dan sudah tentunya kita sedar bahawa wujud lebih banyak seteru Fantastic Four yang hebat untuk mengacam mereka sebelum kemunculan Dr. Doom

Apa pula pendapat dan pandangan anda tentang laporan ini? Komen seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Treler Promo Rasmi BIRDS OF PREY Akhirnya Tertiris untuk Tontonan HD!

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Terkini

Treler promosi untuk filem Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) sebenarnya telah dijadualkan untuk siaran awam sebelum tayangan IT: Chapter 2 esok di seluruh dunia.

Walaupun pihak Warner Bros. seperti enggan untuk menyiarkanya secara atas talian terlebih dahulu, pihak kami telah berjaya memperolehi versi definisi tinggi (HD) yang sudah pun sedia tertular di serata platform media sosial.

Tonton video treler promosi filem tersebut di bawah ini:

 

Seperti yang anda dapat lihat, ia membuatkan para penonton semua seolah-olah mula bersedia untuk menyaksikan permulaan fulem IT. Sedangkan Harley Quinn lakonan Margot Robbie muncul beberapa saat kemudian dan menyatakan yang beliau sebenarnya sudah muak dan menyampah dengan badut!

Ini merupakan satu gimik promosi yang menarik terutama sekali dengan beberapa babak baru seperti kelibat Black Mask lakonan Ewan McGregor.

Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) akan berada di pawagam seluruh dunia pada 6 Februari, 2020.

Tom Holland Tidak Mahu Peter Parker Dikorbankan Demi Memperkenalkan Miles Morales!

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Spider-Man kini sudah pulang ke Sony Pictures dan ini bermakna akan ada banyak perubahan besar-besaran yang bakal berlaku.

Sony Pictures yang selamat “bercerai” dengan Marvel Studios baru-baru ini nampak begitu yakin untuk meneruskan projek terbaru yang dirancang terutama sekali apabila filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse berjaya menggondol Anugerah Academy. Sama ada semua ini akan menandakan kita bakal dipersembahkan dengan versi aksi hidup Miles Morales masih lagi belum diketahui.

Akan tetapi semasa satu wawancara, Tom Holland diajukan soalan sama ada watak Peter Parker perlu dikorbankan untuk Miles Morales diperkenalkan kepada penonton secara rasmi atau mereka boleh sama-sama beraksi di layar pawagam!

Tom Holland menyatakan:

“Well I hope that doesn’t happen because I would love to share the screen with Miles, I think that’d be really cool. And I don’t want to die.. because I really love playing Peter Parker, so that would kind of be a bit of a bummer.” 

Selain plot dan sentimen ‘kematian sementara’ sudah pun dimainkan sebelum ini menerusi Infinity War/Endgame, idea untuk menyatukan mereka berdua adalah mantap. Selain jaminan kutipan box-office untuk Sony Pictures, kita juga bakal dipersembahkan dengan perkembangan jalan cerita yang lebih luas.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Wajarkah mereka disatukan dalam satu semesta atau salah seorang perlu dikorbankan demi kelangsungan idea cerita yang lebih ‘sedap’?

Nyatakan sepertu biasa menerusi ruangan komen yang disediakan.

Sekuel TOMB RAIDER Rasmi Diteruskan dengan Lantikan Pengarah Baru!

Filem, Komik, Permainan Video, Terkini

Filem reboot Tomb Raider hari ini rasmi akan diteruskan untuk sebuah sekuel dengan pengarah baru.

Dengan tarikah tayangan rasmi pada 19 Mac, 2021 dan perlantikan pengarah Ben Wheatley bagi menggantikan Roar Uthaug, teraju utama Alicia Vikander turut telah menandatangani kontrak baru sebagai Lara Croft. Ben Wheatley dikenali menerusi karya-karya bercorak surreal seperti Kill List, High Rise dan A Field in England serta terbaru adalah filem yang lebih mainstream iaitu Free Fire.

Produksi dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan.

Lihat Imej Eksklusif THE MANDALORIAN Berentap dengan Penyangak Trandoshan!

Animasi, Anime, Filem, Komik, Novel, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Entertainment Weekly hari ini mendedahkan sebuah foto terbaru daripada siri strim Star Wars dan Disney+ arahan Jon Favreau, The Mandalorian yang memaparkan kelibat watak utama lakonan Pedro Pascal (Game of Thrones, Narcos) yang sedang berentap dengan dua penyangak Trandoshan.

Tiada sebarang sinopsis atau plot cerita dapat dikongsikan setakat ini tetapi ianya mengisahkan seorang pemburu upahan Mandalorian tanpa nama yang berkelana jauh ke pendalaman galaksi dalam melaksanakan misi peribadinya.

Pandang pertama dan imej eksklusif tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

Selain daripada Pedro Pascal, barisan pelakon lain yang akan turut beraksi adalah Gina Carano (Deadpool), Nick Nolte (Warrior), Giancarlo Esposito (Breaking Bad), Emily Swallow (Supernatural), Carl Weathers (Rocky), Omid Abtahi (The Hunger Games: Mockingjay), Taika Waititi (Avengers: Endgame), Bill Burr (F is for Family), Mark Boone Junior (Batman Begins), Ming-Na Wen (Agents of S.H.I.E.L.D.), Natalia Tena (Game of Thrones) dan Werner Herzog (Jack Reacher).

Manakala antara barisan pengarah-pengarah ternama yang akan terlibat untuk Musim Pertama ini adalah Dave Filoni (Star Wars Rebels), Taika Waititi (Thor: Ragnarok), Bryce Dallas Howard (Solemates), Rick Famuyiwa (Dope) dan Deborah Chow (Jessica Jones).

The Mandalorian akan mula disiarkan menerusi saluran strim Disney+ pada 12 November, 2019.

Kristen Stewart Dinasihatkan Jaga Perilaku Sekiranya Mahu Beraksi Dalam MCU!

Filem, Komik, Terkini

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Harper’s Bazaar UK, Kristen Stewart mendedahkan bahawa beliau telah dinasihatkan untuk menjaga perilaku dan selindungi kecenderungannya terhadap jantina sejenis sekiranya mahu maju dalam karier.

Bintang Hollwyood berusia 29 tahun yang pernah popular menerusi saga Twilight itu bakal beraksi dalam reboot filem Charlie’s Angels menyatakan beliau “disuruh” untuk berubah dan elakkan diri daripada dilihat berpimpin tangan di khalayak ramai untuk berperanan dalam mana-mana filem Marvel. Sama ada benar atau tidak kenyaatan yang di atas, Kristen Stewart masih belum jelaskan secara terperinci apakah watak yang ditawarkan pada ketika itu. Apa pun begitu, beliau nampaknya masih enggan mendengar teguran atau menolak nasihat seumpamanya serta memberi impak kepada kariernya kini:

“‘I was informed by an old-school mentality, which is if you want to preserve your career and your success and your productivity. There are people in the world who don’t like you and they don’t like that you date girls and they don’t like that you don’t identify as “hetero-sexual”. And people like to know stuff, so what the f*** are you?’

Sekiranya Kristen Stewart mahu mencuba nasib dalam mana-mana filem bergenre superhero atau adaptasi komik, watak manakah yang dirasakan sesuai untuk beliau?

Todd McFarlane Dedah Dua Siri Animasi Baru SPAWN Kini Dalam Pembikinan!

Animasi, Anime, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Terkini

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengasas Image Comics, usahawan dan pelukis komik tersohor iaitu Todd McFarlane telah memaklumkan kepada peminat-peminatnya tentang perkembangan terkini filem reboot Spawn.

Ia sememangnya sangat mengujakan kerana sangat dinantikan ramai sejak kali pertama dan terakhir muncul di pawagam pada tahun 1997.

Dan sementara menanti ia menjadi kenyataan, beliau secara rasmi hari ini mengumumkan mengenai dua buah projek terbaru Spawn semasa berlangsungnya acara Fan Expo Canada bahawa dua siri animasi Spawn sedang diusahakan. Salah satu daripadanya adalah disasarkan untuk penonton kanak-kanak!

Menurut Todd McFarlane:

“We’re talking right now. I just had a couple meetings this weekend about a couple different animation looks, both something that we can get kids in at a younger age and then get them into the sort of crack cocaine version of Spawn. And then do the adult one. So.. we’re talking about that. I think both of those come after the movie.”

Jelas sekali pembikinan sudah pun bermula untuk projek animasi di atas sejak kali animasi sulung Spawn pernah disiarkan dahulu menerusi saluran HBO pada tahun yang sama filem asalnya ditayangkan dengan resepsi positif.

Manakala itu, Blumhouse Production dilaporkan masih lagi aktif membangunkan filem aksi hidup reboot yang bakal dibintangi Jaime Foxx dan Jeremy Renner di bawah judul projek “Toy Dynamite”.

Sumber Video: SyFy Wire