Disney Umumkan Filem Prekuel THE LION KING!

Uncategorized

Disney hari ini dengan secara rasmi akan menggerakkan projek susulan filem aksi hidup The Lion King dan ia merupakan sebuah prekuel kepada filem Jon Favreau yang terdahulu.

Agak mengejutkan, pengarah Moonlight dan If Beal Street Could Talk yang pernah memenangi Oscar, Barry Jenkins dipilih untuk memimpin projek ini.

The Lion King tidak diterima dengan baik oleh majoriti peminat serta pengkritik dan dianggap tidak perlu oleh peminat klasik filem animasi asal. Walaupun mendapat sambutan yang agak dingin, filem ini tetap menghasilkan kutipan $USD1.65 bilion di seluruh dunia. Tidak ada perincian jalan cerita lanjut tentang perkembangan filem tersebut tetapi ada kemungkinan untuk kita mengikuti kisah hidup Mufasa semasa muda dalam perjalanannya menjadi Raja sambil berhadapan dengan seteru utama, Scar.

Tonton Video Acah Sulung untuk Siri Animasi REY MYSTERIO!

Uncategorized

Superstar WWE, Rey Mysterio telah berkongsikan satu video acah pendek untuk siri animasi berkonsepkan lucha libre yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Video sepanjang lapan saat itu memaparkan watak beliau yang bergaya di arena penonton ketika penyiar memanggil namanya dan berakhir dengan logo siri Rey Mysterio.

Berita mengenai siri animasi Rey Mysterio pertama kali muncul pada 4 September lalu semasa panel mengejut menyambut Hari Cartoon Network. Rey Mysterio akan menceritakan petualangannya melawan ancaman durjana sambil senario dunia gusti profesional dengan elemen misteri, sihir dan ghaib!

Neil Gaiman Dedahkan Skrip Siri Netflix THE SANDMAN!

Uncategorized

Penulis komik popular, Neil Gaiman baru-baru ini memberikan kemaskini mengenai status siri televisyen Netflix The Sandman di media sosial. Setelah berbulan-bulan lamanta terkandas akibat pandemik coronavirus (COVID-19), projek tersebut dijadualkan untuk mula penggambaran pada akhir Oktober nanti.

Produksi terhenti pada bulan April walaupun segala persediaan sudah siap untuk penggambaran.

Beliau juga telah berkongsi sekali imbas skrip itu di Twitter dan mengesahkan bahawa latar cerita akan berlangsung di The Space Between Universes dan Fawney Rig. Dalam siri komik Vertigo, Fawney Rig adalah tempat di mana Morpheus dipenjarakan selama tujuh puluh tahun.

Pandang Pertama Kostum Terbaharu Bucky dalam THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER!

Uncategorized

Dengan penggambaran untuk siri The Falcon and The Winter Soldier kini sudah disambung semula, sumber terkini kami berjaya mendapatkan imej terbaharu untuk watak Bucky lakonan Sebastian Stan dengan set foto di belakang tabir.

Siri ini dijangka akan disiarkan secara eksklusif sebanyak enam episod menerusi saluran strim Disney+.

The Falcon and the Winter Soldier merupakan salah satu daripada beberapa slot terbaharu Marvel Studios menerusi saluaran Disney+ dan ianya turut dibintangi oleh Anthony Mackie (Avengers: Endgame), Daniel Brühl (Captain America: Civil War), Emily VanCamp (Captain America: Civil War), Wyatt Russell (Overlord), Adepero Oduye (The Big Short), Desmond Chiam (The Shannara Chronicles), Miki Ishikawa (The Terror), Noah Mills (The Enemy Within) dan Carl Lumbly (Supergirl).

Sutradara Kari Skogland (The Punisher) mengarahkan kesemua enam episod tersebut dengan tayangan rasmi pada tahun 2021 selepas berganjak daripada tarikh tayangan asal pada bulan Ogos lalu.

Sumber: justjared.com

Henry Cavill Juga Menunjukkan Minat Mahu Jadi JAMES BOND!

Filem, Terkini

Selain daripada nama Tom Hardy yang baru-baru ini hangat dikaitkan sebagai pengganti Daniel Craig sebagai Agen Perisik 007 terkenal James Bond, ada satu lagi sosok yang muncul sebagai menghangatkan lagi spekulasi.

Dalam satu wawacara, pelakon yang popular menerusi jelmaan terkini Clark Kent/Superman iaitu Henry Cavill turut menyatakan minat sebagai watak ternama karya Ian Fleming tersebut. Menurut beliau:

“If producers Barbara Broccoli andMichael G. Wilson were interested in that, I would absolutely jump at the opportunity. At this stage, it’s all up in the air. We’ll see what happens. But yes, I would love to play Bond, it would be very, very exciting.”

Filem No Time To Die merupakan penampilan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond dan bakal digantikan dengan seorang pelakon baharu yang masih lagi belum diumumkan.

Sumber: GQ

Keanu Reeves Bakal Beraksi dalam MCU sebagai MOON KNIGHT?

Filem, Komik, Uncategorized

Memulakan berita pada minggu ini, kami telah mendapat perkhabaran terkini yang menyatakan projek terbaharu Marvel Studios, Moon Knight akan memulakan penggambaran tidak lama lagi atau lebih tepatnya pada hujung November nanti.

Lebih menggemparkan, antara nama calon utama yang dsebut-sebut bakal dipilih menjadi watak utama Marc Spector adalah Keanu Reeves!

Bintang popular The Matrix dan John Wick itu sebenarnya sudah lama dilaporkan dalam proses perbincangan untuk menyertai famili MCU sejak filem Captain Marvel lagi. Tetapi sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang pengesahan sah dan rasmi untuk khabar-khabar angin berikut.

Dan selagi ia masih lagi belum dapat lagi dibuktikan, kami tetap akan mengikuti perkembangan laporan ini dari masa ke semasa.

Sumber: illuminerdi