Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 31 OGOS 2021

THE RETURN OF THE ROCKETEER Bakal Hadir Di Disney+; David Oyelowo Pilihan Watak Utama!

Kali pertama kami mendengar mengenai rancangan Disney untuk memulakan semula projek filem The Rocketeer adalah pada tahun 2016 apabila Joe Johnston diumumkan sebagai pengarah dengan seorang pelakon kulit hitam mengambil alih peranan Rocketeer dari Cliff Secord (Billy Campbell) sebagai watak utama. Ia tidak pernah dilaksanakan dan idea tersebut pernah dibincangkan beberapa kali selama bertahun-tahun.

Kini, versi yang sangat berbeza telah dilaporkan sedang aktif diusahakan untuk saluran Disney+.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, The Return of the Rocketeer merupakan judul rasmi produksi tersebut dengan skrip dihasilkan oleh penulis Now You See Me dan Jessica Jones, Ed Ricourt. Ia akan memberi fokus kepada seorang pesawat terbang Tuskegee yang sudah bersara serta mengambil alih mantel Rocketeer.

Filem asalnya ditayangkan pada tahun 1991 merupakan adaptasi dari komik hasik cipta Dave Stevens terbitan Pacific/Eclipse Comics.

 


THE EXPENDABLES 4 Bakal Saksikan Kemunculan Megan Fox, Tony Jaa, 50 Cent & Ramai Lagi!

Kembali untuk beraksi kali keempat untuk filem terbitan dan lakonan Sylvester Stallone ini adalah Jason Statham, Dolph Lundgren serta Randy Couture dan mereka akan disertai oleh pendatang baru iaitu Curtis “50 Cent” Jackson, Megan Fox dan Tony Jaa, menurut THR. Filem ini akan dipandu oleh Scott Waugh dari skrip oleh Spenser Cohen, Max Adams dan John Joseph Connolly.

Menurut Presiden Millennium Media, Jeffrey Greenstein:

“It’s so much fun to bring these stars together for a no-holds-barred action film. The new film will raise the stakes and be the biggest, most badass adventure yet. Popcorn entertainment is guaranteed!”

Francais The Expendables dilancarkan pada tahun 2010 berdasarkan cerita yang ditulis oleh Sylvester Stallone dan dibintangi oleh ramai nama besar Hollwyood seperti Arnold Schwarzenegger, Jet Li, Steve Austin, Terry Crews, Bruce Willis, Chuck Norris, Jean-Claude Van Damme, Scott Adkins, Wesley Snipes, Mel Gibson dan Harrison Ford. Trilogi filem tersebut mengisahkan sekumpulan komando upahan elit yang ditugaskan untuk misi-misi ekstrem. Francais itu telah menjana lebih dari USD$804.1 juta seluruh dunia.

Filem The Expendables yang keempat pada asalnya telah pun diumumkan pada tahun 2015, setahun selepas filem ketiga ditayangkan. Walau bagaimanapun, sejak itu hanya terdapat sedikit pergerakan atau perkembangan terkini mengenainya.

 


Hulk Bakal Muncul dalam MOON KNIGHT Selepas Mark Ruffalo Dilihat Bergambar di Budapest?

Umum mengetahui Mark Ruffalo kini sedang bersiap sedia untuk mengulangi peranannya sebagai Bruce Banner/Hulk untuk siri She-Hulk.

Tetapi apakah kita juga dapat melihatnya menerusi satu lagi siri Disney+ yang akan datang?

Moon Knight kini sedang giat menjalani penggambaran di Budapest. Dalam pada itu, seorang peminat telah berjaya merakamkan beberapa gambar selfie serta telah kongsikan ke Instagram. Yang pertama adalah bersama Mark Ruffalo dan kemudiannya bersama Oscar Isaac di luar hotel yang sama.

Tentu sahaja ia tidak dapat mengesahkan apa-apa tetapi kita tahu bahawa She-Hulk baru-baru ini telah selesai produksi di Atlanta Maka dengan itu, melainkan jika Mark Ruffalo berada di Hungary untuk urusan lain dan kebetulan tinggal di hotel yang sama dengan Oscar Isaac, ada cukup kemungkinan anggota Avengers itu akan tampil dalam Moon Knight!

Masih banyak yang kita tidak tahu mengenai Moon Knight kecuali foto-foto pandangan pertama Marc Spector yang tertiris baru-baru ini. Kemunculan Dr. Bruce Banner dalam siri tersebut akan menjadi salah satu cara untuk mewujudkan kesinambungan MCU yang lebih luas. Khabar angin baru-baru ini turut melaporkan Emily Van Camp juga mungkin muncul sebagai Sharon Carter namun sekali lagi, ia masih belum dapat disahkan.

Setakat hari ini, hanya sinopsis rasmi berikut telah didedahkan oleh Marvel dan Disney+

“An action-adventure that features a complex vigilante who suffers from dissociative identity disorder. The multiple identities who live inside him are distinct characters who appear against a backdrop of Egyptian iconography.”

Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 30 OGOS 2021

Chris Evans & Scarlett Johansson Kembali Bergabung untuk Filem Aksi Romantik GHOSTED!

Walaupun Steve Rogers dan Natasha Romanoff besar kemungkinan tidak akan kita lihat lagi di dalam MCU, pihak media hari ini melaporkan bahawa Chris Evans dan Scarlett Johansson sedang dalam rundingan akhir untuk kembali bersatu dalam Ghosted, sebuah filem aksi romantik berprofil tinggi terbitan AppleYB dan Skydance.

Pengarah Dexter Fletcher telah dilantik sebagai sutradara manakala skrip lakon layar ditulis Rhett Reese dan Paul Wernick, duo yang telah menghasilkan cerita untuk filem Deadpool, Zombieland serta filem terbaharu lakonan Chris Hemsworth, Escape from Spiderhead yang akan muncul di Netflix tahun hadapan,

Perincian plot filem tersebut masih belum tersedia.

Ini adalah kali kesepuluh Chris Evans dan Johansson membintangi bersama selepas The Perfect Score, The Nanny Diaries, The Avengers, Captain America: The Winter Soldier, Avengers: Age of Ultron, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War, Captain Marvel dan Avengers: Endgame tetapi akan menjadi kali pertama sejak The Nanny Diaries mereka digandingkan secara romantik.

Scarlett Johansson yang baharu melahirkan anak keduanya sedang bersiap sedia untuk membintangi filem seterusnya di bawah arahan Wes Anderson yang kini telah memulakan produksi di Sepanyol.

 


THE SUICIDE SQUAD Raih Kutipan Lebih $150 Juta, Ditabal Filem DC Comics Paling Laku HBO MAX!

Walaupun mendapat sambutan kritikal yang sangat positif, tayangan filem The Suicide Squad hanya berjaya mengumpul USD$4.6 juta pada hujung minggu lalu sekaligus meningkatkan jumlah antarabangsa menjadi USD$101.8 juta. Ia juga telah memperolehi USD$52 juta di Amerika Syarikat dan menjadikan jumlah kutipan global terkumpul sebanyak hanya USD$154.6 juta.

Kutipan kasa akhir filem ini dijangka akan mencapai sehingga USD$175-$ 200 juta.

Agak mengecewakan jika hendak dibandingkan dengan mana-mana blockbuster komik yang lain tetapi The Suicide Squad berprestasi jauh lebih baik untuk HBO Max.

Menurut organisasi analitik menonton, filem tersebut telah diikuti oleh 4.7 juta isi rumah di Amerika Syarikat dalam tiga hujung minggu pertama tayangannya, mengungguli Wonder Woman 1984 (3.9 juta) dan Zack Snyder’s Justice League (3.2 juta) untuk ditabalkan sebagai filem DC Comics paling banyak ditonton. Namun begitu, ia gagal mengejar filem Mortal Kombat (5.5 juta) dan Godzilla vs Kong (5.1 juta).

 


Reaksi Sulung Filem THE BATMAN Semasa Sesi Uji Tayang Dedahkan Kejutan Besar!

Selain dengan Spider-Man: No Way Home, filem The Batman boleh dikatakan filem adaptasi komik yang paling dinantikan sejak tahun lalu.

Dan salah satu sebab utama peminat begitu tertarik dengan kemunculannya adalah kerana filem ini masih banyak diselubungi misteri.

Kami turut tidak menyembunyikan keterujaan untuk mengetahui perkembangan lebih lanjut mengenai filem arahan Matt Reeves itu. Mungkin terdapat butiran baharu untuk dikongsikan bersama setelah ada laporan lewat malam daripada sumber-sumber media yang disertakan amaran spoiler.

Kami ulangi:

 

 

A
M
A
R
A
N

S
P
O
I
L
E
R

 

 

Ramai yang telah melabelkan pengarah Matt Reeves telah mempersembahkan sebuah jalan cerita yang cukup dramatik dengan filem itu digambarkan sebagai “sangat menggerunkan, ganas dan gori”.

Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne/Batman, Zoe Kravitz sebagai Selina Kyle/Catwoman dan Paul Dano sebagai Edward Nygma/The Riddler telah menerima pujian melambung termasuk kelibat Batmobile baharu yang direka semula.

Paling menggemparkan adalah babak kredit bonus selepas filem tersebut tamat.

Ia turut dibintangi Colin Farrell sebagai The Penguin dan Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth.

Treler terbaharu filem ini dijangka akan hadir semasa acara DC FanDome pada bulan Oktober nanti dengan lebih banyak kejutan buat peminat.

The Batman bakal berada di pawagam pada 4 Mac, 2022.

Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 29 OGOS 2021

Bintang Utama SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS Intai Peluang Sertai AVENGERS!

Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings bakal meledak box office minggu ini dan ramai peminat sudah pun teruja untuk melihat ke mana hala tuju MCU yang seterusnya.

Mereka yang telah menonton filem itu berkongsi pendapat memang ada beberapa petunjuk. Namun semasa wawancara dengan pihak media semalam, bintang utama Simu Liu nampaknya sudah mempertimbangkan masa depannya di dalam MCU. Walaupun tidak dapat berkongsi secara spesifik namun beliau tetap mempunyaibayangan tentang ke mana pengembaraan Shang-Chi selepas ini.

Menurut beliau:

“In terms of what’s next, I know what’s on my mind is the same as what’s on everybody else’s mind, and hopefully, there’s an Avengers in the future, somewhere. Obviously, I don’t know anything about that, but being such a big fan of the whole franchise, I know that that’s the gold star. All of the media frenzy that surrounds one of those properties is going to be a whole beast unto itself, so it’s certainly what I hope for.”

Walau apa pun berlaki, kami yakin Marvel Studios mempunyai rancangan besar untuk Shang-Chi terutama setelah sambutan luar biasa yang diterima kala ini.

 


Pengarah Robert Rodriguez Janji THE BOOK OF BOBA FETT Bakal Mengejutkan Ramai Peminat!

The Mandalorian Musim Kedua telah menghadirkan semula membawa watak Boba Fett setelah menghabiskan bertahun-tahun bersembunyi di Tatooine selepas filem Return of the Jedi.

Dan sekarang ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk siri spin-off berjudul The Book of Boba Fett.

Pengarah hebat seperti Jon Favreau, Bryce Dallas Howard, Dave Filoni, Sam Hargraves dan Robert Rodriguez kini telah bersiap sedia untuk meneroka peranan baru Boba Fett sebagai Tokan Tatooine yang baharu selepas mengambil alih tempat Bib Fortuna dan Jabba the Hutt.

Dalam satu sesi wawancara hari ini, Robert Rodriguez telah memilih kata-katanya dengan berhati-hati namun berjanji bahawa peminat pasti akan teruja dengan kemunculan siri Star Wars Disney+ ini:

“I can’t say anything about it at all right now…but it’s coming out in December. Wait until you see what’s coming. It’s going to blow your mind. That’s all I can say. I can talk it up all I want, because I know it over-delivers. It way over-delivers. People are going to be so pumped when they see it.”

Ramai yang telah melabelkan The Book of Boba Fett sebagai The Mandalorian Musim 2.5. Adakah ini juga bermaksud kita akan melihat Din Djarin di samping kemunculan watak klasik lain yang lebih dahsyat?

 


Presiden Marvel Studios, Kevin Feige Pernah Berguru dengan Sam Raimi semasa penggambaran SPIDER-MAN!

Sebelum mengambil alih Marvel Studios, Kevin Feige pernah berkhidmat sebagai eksekutif untuk filem-filem studio lain seperti X-Men untuk Studio Fox dan trilogi Spider-Man asal terbitan Sony Pictures.

Dalam satu wawancara untuk sesi promosi filem Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings baru-baru ini, beliau ditanya apakah yang telah dipelajari sepanjang berkhidmat untuk studio-studio tersebut. Menariknya, beliau menyatakan tidak banyak yang berubah sejak tahun 2002 semasa menguruskan filem pertama Spider-Man arahan Sam Raimi:

“You know, it doesn’t feel that different to me. I know the landscape is different but being on the inside of it. I was there mainly watching and learning on those early Sam Raimi Spider-Man movies. And I watched and learned from a group of people that were trying to exceed expectations and trying to fulfill their own childhood dreams and the childhood dreams of fans of the characters. And that’s what we’ve done on every single film and TV series since then.”

Sudah tentu di masa akan datang, Kevin Feige akan sekali lagi bekerjasama dengan Sam Raimi. Sutradara itu bakal memimpin Doctor Strange di Multiverse of Madness sekaligus memberikannya peluang untuk menguruskan watak kegemarannya itu.

“On a personal note, being back with Sam from the earliest points in my career at Marvel is very surreal and a dream come true. Watching him work and seeing his mannerisms again and realizing that there was even more than I recall that I absorbed from him.”

Tidak hairanlah Kevin Feige telah membawa pulang antagonis daripada trilogi Spider-Man asal untuk Spider-Man: No Way Home.  Tidak perlu perjelaskan lagi, ini merupakan masa yang terbaik dan menarik untuk menjadi peminat Marvel Cinematic Universe atau MCU!

Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 28 OGOS 2021

Pengarah Kecewa Gila WONDER WOMAN 1984 Keluar di HBO Max!

Pengarah Wonder Woman 1984, Patty Jenkins semalam telah berkongsi pandangan yang sangat berbeza mengenai tayangan hibrid di pawagam dan saluran strim HBO Max untuk filem tersebut tahun lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi dengan nada mengecewakan semasa acara CinemaCon beliau berkata:

“It was the best choice in a bunch of bad choices at the moment. It was a “heartbreaking experience” and “detrimental to the movie.”

Pada bulan November 2020, Warner Bros mengumumkan yang Wonder Woman 1984 akan tiba ditayangkan di pawagam dan juga HBO Max pada Hari Krismas setelah ditangguh akibat wabak COVID-19.

Tambah beliau lagi:

“I never thought I would feel this way about the decision to switch to streaming and theatrical. In this case, your priority as a filmmaker is to make a movie that moves and reaches audiences so they have communion together in a theater. But there’s no way better to do that right now than send people who are suffering and who might be with their family something to watch together.”

Namun perlu dilihat bahawa bintang utama Wonder Woman 1984, Gal Gadot dan Patty Jenkins sendiri kedua-duanya telah dilaporkan telah mendapat ganjaran USD$10 juta untuk pelepasan hibrid ini sebagai ganti rugi pendahuluan.

 


Sinematografer THE FLASH Dedahkan Ia Bukan Sekadar Filem Komik!

Filem The Flash masih lagi dalam sesi penggambaran dan sinematografernya,  Henry Braham menawarkan kemas kini mengenai produksi filem itu semasa wawancara eksklusif dengan pihak media.

Beliau mendedahkan bahawa The Flash bukan sebenarnya sekadar hanya sebuah filem komik tetapi filem epik dan hebat yang kebetulan akan mengangkaui ramalan ramai.

Menurutnya:

“The Flash is going great. I mean, it’s a complex movie, and it’s a fantastic concept of bringing in the generations of these kind of comic books. Again, it’s not really a comic book movie. It’s not based in reality, but it’s a much more kind of technically complex. We need to be making great, great, great films that happen to have superheroes who have truthful characters behind them, with all the character flaws that we find in humanity.”

Beliau yang pernah berkhidmat untuk produksi filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 dan The Suicide Squad dijangka akan kembali untuk Guardians of the Galaxy Vol. 3.

The Flash dijangka akan berada di pawagam pada 4 November, 2022.

 


Cameo Besar Studio Fox untuk DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS Terdedah?

Semalam, kami ada melaporkan bahawa filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness bakal menampilkan cameo misteri dari Studio Fox.

Dan pada hari ini ada satu sumber rahsia seperti mengesahkan identiti watak itu secara rasmi.

Kami hanya boleh mendedahkan namanya tetapi memberi amaran sekiranya ia benar kelak, akan menjadi spoiler utama tahap tertinggi kerana ia bakal mengubah lanskap MCU secara keseluruhan buat selamanya.

Sedia?

Jika ada yang belum bersedia dan anti-spoiler, boleh beredar dulu dari konti berita kami serta kembali lagi pada tahun hadapan.

Baiklah.

Watak tersebut adalah Charles Xavier atau Profesor X lakonan James McAvoy.

Perincian plot untuk sekuel Doctor Strange masih belum terungkap tetapi judulnya jelas menunjukkan bahawa Multiverse yang merangkumi realiti alternatif MCU akan memainkan peranan besar.

Benedict Cumberbatch akan kembali sebagai Doctor Strange dan akan disertai oleh Benedict Wong sebagai Wong, Rachel McAdams sebagai Dr. Christine Palmer serta Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo. Tambahan pelakon baharu pula adalah Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff atau Scarlet Witch dan Xochitl Gomez sebagai America Chavez.

Doctor Strange: In the Multiverse of Madness akan tiba di pawagam pada bulan 25 Mac, 2022

Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 27 OGOS 2021

THE MANDALORIAN Musim Ketiga Bakal Menjadi Penamat Siri Popular Disney+!

Musim Kedua The Mandalorian berakhir dengan tumpasnya Moff Gideon, Din Djarin menjadi pemilik mutlak Darksaber dan Luke Skywalker telah mengambil Grogu sebagai anak muridnya.

Walaupun terdapat beberapa plot yang masih tergantung, ramai peminat yang sudah lebih awal meramalkan bahawa siri tersebut sudah hampir sampai ke penghujungnya. Malah disahkan juga The Book of Boba Fett akan ditayangkan pada hujung tahun ini dengan The Mandalorian Musim Ketiga pada tahun hadapan dijangka sebagai kesudahannya.

Pelbagai siri spin-off lain sedang diusahakan oleh Lucasfilm dan Disney+ seperti Ahsoka dan Rangers of the New Republic.

Kami yakin The Mandalorian yang diterajui watak utama Din Dijarin akhirnya akan dapat bertemu kembali dengan Grogu tetapi hanya pengarah bersama Jon Favreau dan Dave Filoni tahu apa yang sedang dirancang untuk kita semua kelak.

 


Prekuel THE LION KING Akan Dedahkan Kisah Asal-Usul Mufasa!

Dilaporkan hari ini bahawa Walt Disney Studios telah menandatangani Kelvin Harrison Jr. dan Aaron Pierre untuk prekuel The Lion King yang dijangka akan menceritakan kisah asal-usul Mufasa.

Aaron Pierre akan melakonkan suara Mufasa lebih muda sementara Kelvin Harrison Jr. akan tampil sebagai Taka, singa yang lebih terkenal dengan gelaran Scar. Belum ada sebarang perkembangan untuk watak-watak lain tetapi ada sumber mendakwa beberapa nama besar sedang dipertimbangkan.

Pemenang Anugerah Oscar, Barry Jenkins akan mengarahkan filem ini dengan lakon layar skrip oleh Jeff Nathanson manakala Hans Zimmer bersedia untuk sebagai komposer.

Seperti filem sebelumnya dan juga The Jungle Book, prekuel yang belum diberi judul ini akan menggunakan teknologi animasi fotorealistik untuk semua watak utama.

Tidak ada tarikh tayangan yang sudah ditetapkan tetapi produksi telah pun dimulakan secara rasmi,

 


Babak Pembukaan dan Treler Rasmi TOP GUN: MAVERICK Kejutkan CinemaCon!

Walaupun penggambaran filem Mission: Impossible 7 masih belum selesai dan direhatkan seketika, Paramount Pictures dan Tom Cruise kini telah mengalihkan tumpuannya untuk Top Gun: Maverick.

Ia dilaporkan telah mengejutkan ramai hadirin semasa berlangsungnya CinemaCon dengan 13 minit pertama filem itu ditayangkan termasuk pendedahan sebuah treler baharu.

Walaupun treler itu akan hanya akan dipersembahkan kepada umum beberapa minggu lagi bagi menyaksikan Maverick kembali sejak 35 tahun muncul menerusi filem pertamanya pada tahun 1986.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, filem ini akan dibuka dengan lagu tema klasik “Danger Zone” oleh Kenny Loggins sebelum memaparkan satu pengkalan tentera udara di Gurun Mojave, di mana Maverick menunggang motosikal Kawasaki dan kemudiannya diberitahu untuk ‘bersara’ kerana program Top Gun akan ditutup!

Selain Tom Cruise dan Val Kilmer yang akan muncul kembali sebagai watak asal masing-masing, pelakon hebat lain seperti Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Ed Harris dan ramai lagi akan muncul dalam filem ini.

Top Gun: Maverick akan berada di pawagam seluruh dunia pada 19 November, 2021.

Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 26 OGOS 2021

DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS Bakal Saksikan Scarlet Witch Bergasak dengan Watak Marvel Milik Studio Fox!

Filem di atas berjanji untuk membawa kita menelusuri perjalanan luar biasa merentasi Multiverse serta peluang mengembalikan beberapa nama-nama besar dari filem-filem terdahulu untuk menghadirkan skop lebih besar kepada Semesta Marvel

Sudah ada laporan dan lebih banyak teori serta khabar angin bahawa nama-nama seperti Tobey Maguire dan Hugh Jackman akan muncul.

Dalam satu ciapan Twitter yang memuji pertempuran di antara Doctor Strange dan Thanos dalam Avengers: Infinity War, satu sumber dalaman yang enggan namanya didedahkan menjawab:

“In Doctor Strange’s sequel… Wanda will fight someone from the Fox-Verse. I am not allowed to reveal who it is but could top this fight.”

Segala kemungkinan nampak seperti hampir tiada kesudahan. Tetapi Doctor Strange dan Scarlet Witch yang akan tampil bertarung dengan satu watak yang pernah muncul sebelum ini boleh mewujudkan momen yang sangat epik!

 


Hadiah Krew Produksi SHE-HULK Dedahkan Peranan Baharu Bruce Banner!

Penggambaran She-Hulk baru-baru ini telah pun selesai.

Sekarang kami sedang menunggu butiran rasmi yang akan didedahkan oleh Marvel Studios kerana kemunculan sulung Jennifer Walters telah menimbulkan rasa teruja di kalangan peminat terutamanya kerana jelmaan She-Hulk untuk memeriahkan lagi Marvel Cinematic Universe.

Daredevil turut dikhabarkan akan muncul dalam siri ini termasuk Abomination lakonan Tim Roth dan sudah tentu Bruce Banner atau Hulk lakonan Mark Ruffalo.

Hari ini semasa sesi penghargaan produksi, hadiah yang diberikan kepada krew porduksi telah mendedahkan satu imej t-shirt di mana Hulk menyajikan melayan sepupunya She-Hulk minum di sebuah restoran bernama “Bruce’s Bar.”

Lokasi itu tidak ada dalam buku komik dan kami menjangkakan Hulk akan menikmati persaraannya dengan membuka perniagaan minuman sendiri dan ini boleh menjadi tempat istirehat untuk adiwira-adiwira Marvel di MCU.

 


Treler Rasmi Sulung SPIDER-MAN: NO WAY HOME Pecahkan Rekod AVENGERS: ENDGAME!

Setelah berbulan-bulan menunggu, treler pertama untuk Spider-Man: No Way Home akhirnya dilancarkan kelmarin setelah memulakan debutnya di CinemaCon.

Peminat selama ini cemas menanti dan terus menanti dan akhirnya semua penantian itu tampak berbaloi.

Menurut sumber terkini, treler tersebut memecahkan rekod siaran global 24 jam secara global dengan 355.5 juta tontonan, sekaligus melenyapkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Avengers: Endgame yang memegang rekod 289 juta tontonan.

Ini juga menggandakan jumlah tontonan treler filem kedua iaitu Spider-Man: Far From Home yang berjaya mendapat tontonan seramai 135 juta orang.

Sekiranya tahap kegembiraan ini berterusan, Sony Pictures dan Marvel Studios akan terus mendapat publisiti meluas sehingga filem ini ditayangkan kelak pada bulan Disember nanti.

Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 25 OGOS 2021

Judul Filem THE MATRIX 4 Diumumkan Semasa CinemaCon sebagai THE MATRIX: RESURRECTIONS!

Walaupun khabar angin telah mula bertiup kencang, Warner Bros akhirnya mengesahkan bahawa filem keempat dalam francais The Matrix akan diberi judul The Matrix: Resurrections.

Dalam masa yang sama, pihak studio turut melancarkan treler rasmi sulung filem itu namun masih belum ada sebarang laporan bila ia akan dilancarkan secara umum. Akan tetapi memandangkan jangkaan filem itu akan dilancarkan serentak di pawagam dan di HBO Max pada 22 Disember ini, ada besar kemungkinan ia bakal dilepaskan pada bulan Oktober menjelang tayangan filem Dune.

Bintang ternama Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss akan menjadi teraju utama sekuel tersebut dengan masing-masing mengetengahkan peranan ikonik mereka sebagai Neo dan Trinity bersama pelakon lain seperti Yahya Abdul-Mateen II, Priyanka Chopra Jonas, Neil Patrick Harris, Christina Ricci dan Jada Pinkett Smith.

Pengarah Lana Wachowski akan mengarahkan sekuel ini yang dijangka akan menemui kita pada 22 Disember, 2021.

 


Michael Keaton Bocorkan Rahsia Ezra Miller bakal beraksi sebagai dua versi Barry Allen Berbeza dalam THE FLASH!

Ramai yang bertanya: Adakah Ezra Miller akan memainkan peranan sebagai dua versi berasingan sebagai Barry Allen dalam filem The Flash?

Hari ini, Michael Keaton seolah-olah telah mengesahkannya semasa satu sesi wawancara bersama pihak media.

Semasa bercakap dalam satu sidang akhbar untuk mempromosi filem terbaharunya The Protege, pelakon Batman itu telah ditanya mengenai filem komedi lakonannya, Multiplicity pada tahun 1996 dulu. Dalam filem tersebut, beliau memainkan watak sebagai beberapa klon berbeza dengan perwatakan yang sama. Beliau turut menyatakan bahawa banyak pengalaman diraih sepanjang kariernya, sebelum mendedahkan yang Ezra Miller juga akan “beraksi dengan  dirinya sendiri” dalam filem The Flash!

Ada di antara kita mungkin ingat satu foto set penggambaran yang memperlihatkan Ezra Miller sebagai Barry Allen dengan seorang pelakon lain yang berpakaian serupa. Ia sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa filem itu akan menampilkan versi alternatif Barry Allen dan The Flash.

Adakah ini bermaksud kita akan melihat versi jahat The Flash sebagai salah satu watak antagonis atau mungkin juga jelmaan Reverse-Flash atau Zoom?

Perincian plot filem ini masih belum diketahui tetapi kita percaya bahawa jalan ceritanya kelak dijangka sedikit sebanyak dipengaruhi oleh komik Flashpoint.

The Flash dijangka akan berada di pawagam pada 4 November, 2022.

 


BLACK PANTHER 2: WAKANDA FOREVER Saksikan Pandang Pertama Dominique Thorne sebagai Riri Williams/Ironheart!

Baru-baru ini telah disahkan bahawa Black Panther 2: Wakanda Forever akan memperkenalkan watak Riri Williams menjelang penampilan sulungnya sebagai Ironheart menerusi siri Disney+.

Khabarnya watak itu akan memainkan peranan penting dalam filem ini dan hari ini pandangan pertama pelakon Dominique Thorne sebagai Riri Williams telah terlihat di set penggambaran yang berlokasi di MIT Cambridge, Massachusetts.

Beliau kelihatan memakai pakaian biasa malah sebenarnya tidak banyak menjelaskan teori-teori peminat sedia ada.

Bagi yang tidak kenal dengan watak ini, Riri Williams atau Ironhear pertama kali muncul menerusi komik Iron Man #7 (2016).

Selepas kematian Tony Stark selepas Civil War II pada tahun yang sama, Riri Williams telah berjaya mencipta semula perisai besi milik Iron Man untuk mengambil tempatnya. Ketika Iron Man kembali, beliau menjadi Ironheart sebagai gantinya.

Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett dan Tenoch Huerta akan tampil dalam Black Panther 2: Wakanda Forever yang dijangka akan berada di pawagam pada 6 Mei 2022.

Categories
Uncategorized

LAPORAN KHAS TRAILER SPIDERMAN: NO WAY HOME | 24 OGOS 2021

Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 23 OGOS 2021

Tom Holland Beri Amaran Kita Semua Tidak Bersedia untuk Treler Rasmi SPIDER-MAN: NO WAY HOME!

Penampakan awal treler Spider-Man: No Way Home yang bocor awal pagi tadi yang turut mendedahkan kesan visual khas yang belum siap sepenuhnya telah menggemparkan dunia.

Walaupun Marvel Studios dan Sony Pictures jelas merancang untuk membuatkan kita menunggu sedikit masa lagi untuk pandangan pertama Tobey Maguire dan Andrew Garfield kembali ke layar filem, ramai peminat pastinya tidak akan duduk diam. Walau bagaimana pun, satu entri IG story milik Tom Holland seolah-olah mencabar kita semua.

Ini dimuat naik tidak lama setelah berita mengenai kebocoran treler mula tersebar dan bintang Avengers: Endgame itu menjadikannya satu entri mudah dengan ayat:

“You Ain’t Ready!”

Ini jelas bahawa kita bakal dihidangkan dengan sesuatu yang sangat istimewa dalam Spider-Man: No Way Home walaupun ia telah disiarkan menerusi acara CinemaCon di Las Vegas sebentar tadi.

 


Bintang Siri Baharu Dedahkan Tahap Epik Siri GREEN LANTERN HBO Max!

Finn Wittrock telah mencipta nama untuk naskah seperti American Horror Story dan Ratched namun peranan terbesarnya bakal muncul dalam siri Green Lantern yang kini sedang dirancang oleh HBO Max sebagai Guy Gardner.

Seth Grahame-Smith (yang pernah menulis draf filem The Flash) akan berperanan sebagai penerbit dan pelakon itu yakin peminat akan terkejut dan sangat teruja dengan aset terbaharu DC Comics dan Warner Bros. itu.

“People will be really, really pleasantly surprised. It is really cool how sprawling a storyline it is. It’s pretty epic. It spans time and space and has something for everyone. It’s not your average superhero story.”

Alan Scott, Jessica Cruz, Simon Baz, Sinestro dan Kilowog semuanya akan muncul dalam Green Lantern termasuk Guy Gardner sendiri.

Mungkin cabaran terbesar untuk naskah ini adalah untuk lari dari bayangan filem tahun 2011 yang diterajui Ryan Reynolds.

“It definitely was something that was in my head. In some ways, it’s almost better. I think it offers a chance to reinvent the whole thing and you’re not going to have. I mean, no offense to the movie. It is what it is but you’re not going to have people who are dying for the creation of that movie. The show can be its own new interpretation.”

 


Perisai Iron Man Akan Dinaik taraf dengan Kuasa Kosmik Silver Surfer!

November ini, Tony Stark akan menjadi lebih hebat dengan Kuasa Komik yang begitu luar biasa.

Tony Stark akan bergabung dengan sumber intergalaktik yang memberikan Galactus dan pewarisnya Silver Surfer kekuatan tiada taranya Ia akan menerusi Iron Man #14 yang ditulis Christopher Cantwell dengan hasil lukisan oleh Cafu. Dengan ilustrasi kulit hadan oleh Alex Ross, ia menunjukkan Tony Stark bergelut dengan kekuatan tersebut dengan asimilasi perisai Iron Man yang baharu. Walau bagaimanapun, sama ada ini adalah perisai yang dibuat sendiri oleh Stark Technology atau sebaliknya masih menjadi tanda tanya.

“This run started in issue #1 with Tony deciding to simplify his life and image. Of course as the story has gone on, quite the opposite has happened. And now… he’s a cosmic being. What happens when you give a guy who’s struggled with a meta complex in the past with actuall cosmic meta powers This cosmic part of the story will be his hardest to overcome.”

Iron Man #14 akan dijual menerusi KEDAIKOMIKONLINE pada bulan November ini.

Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 22 OGOS 2021 |

📌 MISSION: IMPOSSIBLE 7 Bakal Saksikan Satu Lagi Babak Aksi Ngeri Paling Gila Babi!

Ketika penggambaran masih lagi berterusan untuk filem Mission: Impossible 7 (dan 8?), satu foto dan video yang tertiris secara onlinr yang memperlihatkan  pengarah Christopher McQuarrie dan Tom Cruise serta pasukan produksi sebuah babak kemalangan kereta api di Derbyshire, United Kingdom.

Walaupun kita harus menunggu untuk mengetahui apakah konteks foto dan video tersebut, Tom Cruise dipercayai telah menjalani penggambaran di atas kereta api pada awal minggu. Seorang saksi yang berada di lokasi menyatakan bahawa aksi itu mungkin tidak berjalan seperti yang dirancang malah Tom Cruise dan krew produksi juga dilihat agak kecewa.

Setakat yang diketahui, hanya Tom Cruise dan pelakon baharu Hayley Atwell sahaja yang berada di lokasi penggambaran untuk adegan kereta api tadi,

Masih belum jelas apakah penggambaran untuk filem Mission: Impossible 8 akan dimulakan sebaik sahaja Mission: Impossible 7 selesai. Atau mungkin juga mereka akan berehat seketika untuk membolehkan Tom Cruise melancarkan siri jelajah promosi untuk filemnya, Top Gun: Maverick yang kini dijadualkan untuk tayangan pada bulan November nanti.

Selain Tom Cruise sebagai teraju utama, ia akan menyaksikan kembalinya Ving Rhames sebagai Luther Stickell, Simon Pegg sebagai Benji Dunn, Rebecca Ferguson sebagai Ilsa Faust, Vanessa Kirby sebagai White Widow dan Henry Czerny sebagai Eugene Kittridge.

Mission: Impossible 7 bakal ditayangkan pada 27 Mei, 2022 dan disusuli oleh Mission: Impossible 8 pada tanggal 7 Julai, 2023.

 


📌 Marvel Studios Dedahkan Proses Pemilihan Pelakon untuk filem baharu FANTASTIC FOUR!

Fantastic Four masih tidak mempunyai sebarang tarikh tayangan rasmi tetapi kami menjangkakan ia akan menjadi finale kepada Fasat 4 MCU kelak.

Pengarah Jon Watts kini bersedia untuk mengarahkan filem tersebut manakala John Krasinski dan Emily Blunt tetap menjadi pilihan peminat untuk memainkan watak Dr. Reed Richards/Mr. Fantastic dan Sue Storm/Invisible Woman.

Kami turut menjangkakan bahawa tidak akan ada apa-apa pengumuman selagi filem Spider-Man berikutnya tidak selesai slot tayangannya tetapi Presiden Marvel, Kevin Feige telah berkongsi sesuatu hari ini, semasa wawancara dengan pihak media.

Dengan teliti memilih kata-kata dan kenyataan, beliau mendedahkan:

“I think the MCU is a beautiful combination of both [established actors and new faces. I think you look no further than Simu Liu in Shang-Chi, like Chris Hemsworth, like Tom Hiddleston, like Tom Holland, an actor that hadn’t been seen by a tremendous amount of people before.. or you have a Benedict stepping into Doctor Strange or Christian Bale stepping into Gorr in our latest Thor film.”

Beliau menambah lagi:

“It is always a beautiful combination of both and it really is about the search for the best actor for the job whether that actor is known to the world yet or not.“

Kombinasi ini tampak dapat berfungsi dengan sangat baik untuk Fantastic Four. Tetapi siapa yang bakal dilihat filem ini nanti bergantung kepada sama ada kita mahukan satu pasukan remaja atau sekumpulan superhero yang lebih matang dan berpengalaman.

 


📌 AKHIRNYA..

Treler Rasmi SPIDER-MAN: NO WAY HOME Akan Disiarkan secara rasmi ESOK?

Sebelum ini, Marvel Studios terus membuatkan kita ternanti-nanti dan menunggu lama untuk treler rasmi Avengers: Endgame.

Dan strategi itu sebenarnya hanya meningkatkan lagi semangat untuk semua peminat. Nampaknya kali ini, Kevin Feige dan Sony Pictures telah mengambil pendekatan yang serupa dengan Spider-Man: No Way Home dan ia sudah mencapai satu tahap di mana sudah peminat mula hilang akal!

Dengan begitu banyak khabar angin di luar sana dan pandangan pertama yang datang dari set penggambaran, sudah sampai masanya kita ketahui sama ada filem ini benar-benar satu jalan cerita dan pengembaraan Multiverse seperti yang kita harapkan selepas pendedahan besar menerusi siri Loki.

Mulai esok, Sony akan memulakan acara CinemaCon dengan slot dua jam yang akan mendedahkan barisan filem mereka yang akan datang. Kita juga pernah mendengar laporan bahawa treler rasmi Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan dalam acara sama dan kemudiannya untuk tonton ramai di antara pukul 6 petang ke 9 malam waktu tempatan.

Sama ada ia tepat atau sebaliknya, pastikan anda sebarkan khabar ini yang kali pertama anda dengar di sini menerusi portal KEDAIKOMIKONLINE.COM!