RASMI: Emily Blunt Terpilih Untuk Filem Terbaharu Christopher Nolan, OPPENHEIMER!

Filem, Terkini

Emily Blunt (Edge of Tomorrow, A Quite Place) merupakan pelakon terkini yang bakal sertai Cillian Murhphy (Trilogi The Dark Knight , Peaky Blinders) sebagai pelakon utama filem terbaharu Chistopher Nolan.

Beliau akan memegang watak Katherine Oppenheimer iaitu isteri kepada J. Robert Oppenheimer, Bapa Bom Atom.

Penggambaran akan bermula pada awal tahun hadapan menggunakan format filem gabungan kamera IMAX 65mm dan kamera skala lebar 65mm.

Filem thriller sejarah berjudul Oppenheimer itu akan ditayangkan pada 21 Julai, 2023.

Bulan Julai 2023 turut menyaksikan saingan hebat filem lain seperti Mission: Impossible 8 (7 Julai, 2023) dan Ant-Man and the Wasp: Quantumania (28 Julai, 2021)

Pandang Pertama Timothee Chalamet untuk prekuel filem WONKA!

Filem, Media, Novel, Terkini

Timothee Chalamet yang dipilih sebagai watak utama menerusi filem Dune arahan Denis Villeneuve sebagai Paul Atreides yang bakal meledak di pawagam seluruh dunia tidak lama lagi, bakal menghidupkan satu lagi watak kontemporaro terkenal iaitu Willy Wonka dengan penampilan yang lebih muda belia.

Dengan penggambaran sudah pun bermula di studio Warner Bros., pelakon tersebut telah berkongsi pandangan pertama di sebalik tabir filem yang diberi judul Wonka itu.

Pengarah Paddington, Paul King diberikan peranan sebagai sutradara dan sah akan menjadi sebuah naskah prekuel berdasarkan buku kanak-kanak popular tulisan Roald Dahl.

Ia akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 Mac, 2023.

Treler Komik BLACK PANTHER #1 Bongkar Rahsia Besar Kerajaan Wakanda!

Animasi, Filem, Komik, Media, Novel, Terkini, Wawancara

Menjelang November depan, novelis dan penulis skrip pemenang Anugerah Oscar John Ridley akan berganding bahu bersama pelukis komik Juann Cabal untuk menggegarkan Wakanda menerusi naskah terbaharu Black Panther #1.

Ia dilaporkan akan menjadi satu revolusi besar buat T’Challa dalam mengharungi cabaran seterusnya dalam sejarah Marvel Comics. Era baharu ini juga turut mendedahkan rahsia lampau Black Panther yang akan kembali menghantui dirinya dan mengancam bangsa Wakanda.

Setelah pulang ke tanahair dari pengembaraannya intergalaktiknya menerobos ruang angkasa lepas, Black Panther menerima seruan pertiwi yang tidak dijangka dan mendesak dari ejen perisikan rahsia Wakanda. Adiwira itu mesti mengejar masa bukan sahaja untuk menyelamatkan keadaan tetapi juga untuk memastikan agenda rahsianya selama ini masih disimpan rapi.

Kerana jika kebenaran terbongkar, ia akan menghancurkan segalanya!

Berikut adalah kenyataan daripada John Ridley yang dipetik menerusi satu wawancara khas bersama The New York Times baru-baru ini tentang karya terkini di atas:

“It’s a hybrid espionage-Super Hero thriller, but at its core, it’s a love story. And I don’t mean just romantic love, although there’s some of that as well. It’s love between friends. We’re coming out of a summer where we saw Black people fighting for our rights, standing up, fighting in ways that we haven’t had to do in years.”

“[It] was really important to me after the year we had where we can have these conversations with Black people and we can use words like love and caring and hope and regret and all these really fundamental emotions that everybody has.”

Black Panther #1 bakal berada di pasaran pada 10 November, 2021.

Sam Raimi Dedahkan Punca Kembali untuk DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS!

Animasi, Filem, Komik, Media, Podcast, Televisyen, Terkini

Sudah hampir 15 tahun sejak Sam Raimi mengarahkan sebarang filem superhero. Kali terakhir merupakan Spider-Man 3 pada tahun 2007 yang menerima maklum balas berbeza berbanding dua buah filem terdahulu.

Ketika Spider-Man 4 ‘hancur’ kerana isu dan perbalahan dengan pihak studio, pengarah tersebut memilih untuk mengarah hanya dua buag filem: Drag Me to Hell (2009) dan Oz the Great and Powerful (2013).

Namun begitu, kita semua dikejutkan yang tidak dijangka pada bulan April 2020 lalu apabila Marvel Studios mengumumkan bahawa mereka telah melantik Sam Raimi untuk sekuel Doctor Strange di Multiverse of Madness. Ini sekaligus satu langkah yang bakal mempersiapkannya untuk salah satu filem superhero paling luar biasa serta menyatukan semula dengan bekas penerbit eksekutifnya satu masa dulu, Kevin Feige.

Dalam satu wawancara bersama pihak media baru-baru ini dengan, Sam Raimi menceritakan tentang puncan yang mendorongnya untuk menerima tawaran itu sejak sekian lama meninggalkan genre superhero:

I didn’t know that I could face it again because it was so awful, having been the director of Spider-Man 3. The Internet was getting revved up and people disliked that movie and they sure let me know about it. So, it was difficult to take back on. But then, I found out that there was an opening on Doctor Strange 2. My agent called me and said, ‘They’re looking for a director at Marvel for this movie and your name came up. Would you be interested?’ And I thought, ‘I wonder if I could still do it.’ They’re really demanding, those types of pictures. And I felt, ‘Well, that’s reason enough.’ I’ve always really liked the character of Doctor Strange. He was not my favorite, but he was right up there with the favorites. I loved the first movie, I thought [director] Scott Derrickson did a wonderful job, an incredible job. So, I said, ‘Yeah.’ They left the character in a great place. I didn’t think I would be doing another superhero movie. it just happened.

Perincian plot untuk filem tersebut masih belum diketahui. Benedict Cumberbatch akan mengulangi peranannya sebagai teraju utama dengan bintang handalan lain seperti Elizabeth Olsen sebagai Scarlet Witch, Benedict Wong sebagai Wong, Rachel McAdams sebagai Christine Palmer, Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo dan Xochitl Gomez sebagai America Chavez.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness bakal ditayangkan pada 25 Mac, 2022.

Sekadar gambar hiasan. Cun kan ‘retro style’ dia?

Kes Saman Scarlett Johansson vs. Walt Disney Studios Selesai!

Animasi, Filem, Komik, Media, Televisyen, Terkini

Walaupun ada banyak perkara yang masih perlu diperbaiki dan diuruskan, nampaknya Scarlett Johansson dan Walt Disney Studios akhirnya telah mencapai kata sepakat dalam penyelesaian di atas kes pelanggaran tuntutan kontrak yang menggemparkan Hollywood.

Terma dan syarat perjanjian tidak didedahkan setakat ini.

Tentang perkembangan terkini ke mana arah tuju kedua-dua belah pihak selepas ini, mereka dikatakan berminat untuk bekerjasama lagi secepat mungkin malah mengesahkan bahawa projek filem Tower of Terror masih dalam rundingan untuk produksi.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari Scarlett Johansson:

I am happy to have resolved our differences with Disney. I’m incredibly proud of the work we’ve done together over the years and have greatly enjoyed my creative relationship with the team. I look forward to continuing our collaboration in years to come.

Kenyataan balas dari pengerusi Disney Studios, Alan Bergman turut tersebar:

I’m very pleased that we have been able to come to a mutual agreement with Scarlett Johansson regarding Black Widow. We appreciate her contributions to the Marvel Cinematic Universe and look forward to working together on a number of upcoming projects, including Disney’s Tower of Terror.