Categories
Animasi Filem Komik Konten Strim Media Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Lagu Tema THE BATMAN, Siri Apple+ MONSTERVERSE, Babak Bonus HAWKEYE!

Pengarah Matt Reeves telah memilih Michael Giacchino sebagai komposer utama untuk lagu tema The Batman. Sebelum ini nama-nama besar seperti Danny Elfman (Batman, Batman Returns) dan Hans Zimmer (Trilogi The Dark Knight) merupakan barisan komposer hebat yang telah memberikan ‘nyawa’ untuk dunia filem Batman.

Berikut pula adalah sinopsis penuh rasmi dan terkini yang diperolehi untuk filem tersebut:

“Two years of stalking the streets as the Batman (Robert Pattinson), striking fear into the hearts of criminals, has led Bruce Wayne deep into the shadows of Gotham City. With only a few trusted allies — Alfred Pennyworth (Andy Serkis), Lt. James Gordon (Jeffrey Wright) — amongst the city’s corrupt network of officials and high-profile figures, the lone vigilante has established himself as the sole embodiment of vengeance amongst his fellow citizens.”

“When a killer targets Gotham’s elite with a series of sadistic machinations, a trail of cryptic clues sends the World’s Greatest Detective on an investigation into the underworld, where he encounters such characters as Selina Kyle/aka Catwoman (Zoë Kravitz), Oswald Cobblepot/aka the Penguin (Colin Farrell), Carmine Falcone (John Turturro), and Edward Nashton/aka the Riddler (Paul Dano). As the evidence begins to lead closer to home and the scale of the perpetrator’s plans becomes clear, Batman must forge new relationships, unmask the culprit, and bring justice to the abuse of power and corruption that has long plagued Gotham City.”

The Batman akan diklasifikasikan sebagai PG-13 yakni “strong violence, disturbing content, drug content, strong language, and some suggestive material.” yang dijadualkan tayangannya pada 4 Mac, 2022.

 


 

Selepas filem Godzilla vs. Kong, Legendary Pictures kini rasmi sedang dalam perancangan untuk meneruskan jalan cerita raksasa agam mereka terus ke saluran Disney+.

Antara nama yang terkait dalam projek terbaharu MonsterVerse ini adalah penulis komik Hawkeye, X-Men dan Iron Man tersohor, Matt Fraction.

Logline di bawah telah dikongsikan untuk pengumuman ini:

“Following the thunderous battle between Godzilla and the Titans that leveled San Francisco and the shocking new reality that monsters are real, the series explores one family’s journey to uncover its buried secrets and a legacy linking them to the secret organization known as Monarch.”


 

Dalam satu babak bonus dipadamkan (deleted scene) untuk siri Hawkeye terbitan Disney+, kita dapat melihat flashback zaman kanak-kanak Clint Barton yang jelas membuktikan memang anggota Avengers itu sudah sedia luar biasa hebat sejak dari dulu lagi!

https://twitter.com/MarvelVZLAA/status/1484230494975836165?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1484230494975836165%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fcomicbookmovie.com%2Famp%2Ftv%2Fmarvel%2Fhawkeye%2Fhawkeye-deleted-scene-takes-us-back-to-clint-bartons-childhood-and-he-was-always-a-crack-shot-a191301

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Pandang Pertama Brendan Fraser sebagai Firefly di Set Lokasi BATGIRL!

Kelibat Brendan Frasier sebagai Garfield Lynns atau Firefly hari ini kelihatan secara rasmi di lokasi penggambaran filem Batgirl. Namun beliau masih belum lagi mengenakan seragam watak antagonis yang gilakan api (pyromaniac) sepertimana di dalam komik.

Filem yang akan ditayangkan terus menerusi HBO Max ini diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah serta belum dimaklumkan untuk mana-mana slot tarikh rasmi.

Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

DC Comics Tidak Puas Hati dengan James Gunn dan PEACEMAKER!

Untuk sesiapa yang mengikuti siri Peacemaker yang sedang disiarkan menerusi HBO Max, terdapat babak dalam satu episod di mana watak Christopher Smith selaku hero utama lakonan John Cena telah menggelarkan Batman sebagai seorang p*ssy.

Mohon jangan tanya apa analogi atau perlambangan istilah tersebut, ok?

Menurut pengarah James Gunn, ini telah membuatkan pihak DC Comics dan Warner Bros. berasa kurang senang malah bengang.

Menurut deskripsi rasmi dalam Episod 4, Musim Pertama:

“Christopher Smith (John Cena) gets into an argument with his father’s elderly neighbour after he insists that Peacemaker is not a superhero because he kills his foes and doesn’t have a cadre of bad guys like Batman. In response, Smith then calls the Dark Knight a p*ssy for refusing to put his enemies down for good even when they deserve it.”

Berikut pula adalah maklum balas susulan daripada James Gunn:

 “I was very surprised because they were not too fond of Peacemaker calling Batman a p*ssy. I’m like he talks about all these other terrible things about all these other superheroes that are much worse than calling Batman a p*ssy.”

Beliau menambah lagi:

“Not only that, Batman is the only one he makes a fair point about. Everybody else he’s really just believing stuff that he read on the Internet. Everything that he believes is kind of nonsense and Batman is the only one he has a point of view on that makes any sense whatsoever.”

 

 

 

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

John Romita Jr. kembali (sekali lagi) ke Marvel dengan THE AMAZING SPIDER-MAN #1!

Ulangtahun ke-60 Spider-Man tahun ini disambut gemilang dengan naskah terbaharu gabungan dua pengkarya komik paling prolifik, Zeb Wells dan John Romita Jr.!

The Amazing Spider-Man #1 bakal berada di pasaran pada April 2022.

Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Selepas Menjahamkan Multiverse.. Spider-Man Terus Buat Hal Lagi!

Lepas satu, satu budak Peter Parker buat hal.

Marvel Comics bakal menghadapi dan menerima kesan kemusnahan besar-besaran dalam siri komik Amazing Spider-Man menjelang tengah nanti.

Satu bentuk kemusnahan yang nampaknya berpunca daripada Peter Parker.

Awal hari ini, Marvel Comic mengeluarkan imej acah (teaser image) rasmi untuk keluaran komik utama Spider-Man tersebut yang akan menjadi tumpuan pada April 2022 kelak. Ia terdiri daripada lima panel yang mendedahkan Peter Parker/Spider-Man di tengah-tengah kawan besar yang memancarkan sejenis serpihan asap berwwarna ungu.

Kawasan di sekelilingnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang tanda kehidupan dan tandus keseorangan.

Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

Reboot ZORRO oleh Robert dan Rebecca Rodriguez Bakal ke CW!

– Pada asalnya projek di bawah kendalian Robert and Rebecca Rodriguez ini akan diterbitkan oleh NBC. Tetapi kini ia akan bergerak di bawah saluran The CW.

– Robert and Rebecca Rodriguez akan bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip tetap.

– Siri reboot ini nanti akan hadir dengan watak utama Zorro yang bakal dipegang oleh pelakon wanita dan bukan lelaki seperti lazimnya.

– Versi terbaharu ini agak berbeza serta dimodenkan berdasarkan kehendak pasaran semasa dengan watak utama bernama Sola Dominguez yang digambarkan sebagai: “an underground artist who fights for social injustice as contemporary version of the mythical Zorro. Her life is threatened by several criminal organizations after she exposes them.”

– Robert Rodriguez sebelum ini pernah diberi tawaran untuk mengarahkan filem The Mask of Zorro (1998) lakonan Antonio Banderas sebelum berpindah ke tangan Martin Campbell kerana perbezaan arah tuju kreatif.

– Manakala itu, Quentin Tarantino turut dikhabarkan sedanhg menyiapkan projek aksi hidup daripada komik Django/Zorro terbitan Dynamite dan Vertigo/DC Comics.

 

Categories
Filem Komik Terkini

Chukwudi Iwuji Jawab Spekulasi Wataknya dalam GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3!

Apabila James Gunn berkongsi foto di sebalik tabir filem ketiga beliau untuk Marvel Studios, para peminat dengan pantas berjaya melihat kelibat Chukwudi Iwuji pada latar belakang. Spekulasi serta-merta mula berleluasa tentang siapakah watak yang mungkin akan dihidupkan beliau.

Silver Surfer, Nova dan juga Galactus adalah antara yang dilontarkan oleh peminat. Walaupun khabar angin baru-baru ini turut menyebut Chukwudi Iwuji akan mengambil peranan sebagai pencipta Rocket Raccoon iaitu The High Evolutionary.

Semasa satu sidang media dan promosi siri Peacemaker, pelakon tersebut telah memberi respon dan menjawab:

“I saw those rumors recently, I’ve seen that. I saw Silver Surfer, I saw Nova, I’ve seen many. For me to wrap my head around the fact that I am the subject of speculation around the Internet is kind of fun. But I have to stay mum, I can’t tell you. I’d love to.”

Nampaknya kita masih perlu mengambil sikap tunggu dan lihat. Ada kemungkinan wataknya tidak akan didedahkan sehingga kita menonton filem itu tetapi beberapa butiran pasti akan didedahkan sebelum tahun ini berakhir.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 bakal berada di pawagam pada 23 Mei, 2023.

Categories
Filem Komik Terkini

Filem Reboot BLADE Bakal Tampilkan Faiza Hussain sebagai Excalibur!

Adegan dalam babak bonus Eternals secara rasmi telah memperkenalkan Mahershala Ali sebagai Blade ketika dia singgah untuk menawarkan bantuan kepada Dane Whitman lakonan Kit Harington yang berhadapan kuasa Ebony Blade.

Ini jelas membayangkan gabungan kuasa Blade/Black Knight dan nampaknya Marvel Studios juga akan memperkenalkan kekasih baharu beliau.

Menurut butiran terkin dipercayai untuk filem reboot Blade, Marvel Studios kini sedang mencari pelakon wanita yang memiliki kriteria tersebut:

“A North African actress who speaks French (20-40s) to play a character named FAIZA, who is described as a tough and agile fighter with a strong presence and a talker who never backs down. Potential candidates for the role must be open to training period beforehand. Actors with fight experience are encouraged to submit.”

Watak Dr. Faiza Hussain adalah seorang wanita Islam yang memiliki pedang sakti Excalibur dan akhirnya menggunakan nama kod pedang legenda Raja Arthur itu apabila menjadi ejen MI13. Beliau bertemu Dane Whitman semasa pencerobohan Skrull ke atas Bumi dan kedua-duanya akhirnya menjalinkan hubungan cinta di dalam komik.

Faiza Hussain juga pernah bertempur dengan banyak musuh bersama Doctor Strange dan Captain Britain termasuk Dracula!

Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

Vincent D’Onofrio Jawab Kritikan Peminat Terhadap Kingpin dalam HAWKEYE!

Vincent D’Onofrio dengan secara rasmi kembali beraksi sebagai Kingpin menerusi siri Hawkeye Disney+ baru-baru ini tetapi jelas nampaknya Wilson Fisk telah mengalami beberapa perubahan sejak kali terakhir dilihat menerusi siri Daredevil menerusi Netflix.

Watak protagonis bertubuh besar itu kelihatan lebih kuat, malah dapat mengelak daripada ditusuk dengan anak panah, dilanggar oleh kereta serta letupan besar. Kingoin juga berdaya mencampak Kate Bishop dengan begitu mudah seumpama kepingan kertas!

Sesetengah peminat masih mengkritik apa yang dianggap sebagai perubahan ketara kepada watak berbanding sebelum ini dan Vincent D’Onofrio sendiri telah menangani kecaman tersebut secara langsung dengan kenyataan di bawah:

“You know I learned recently, a couple of the fans, they were very excited about it, they were commenting about the strength that I have.Because I’m throwing Kate [Bishop] around and stuff. But, I totally forgot. I just saw a clip on Twitter of me and Charlie [Cox] fighting in [Stephen] DeKnight’s first season. Obviously, he’s an incredible director. He helped develop the character of Wilson Fisk.”

“There’s a scene that we shot on an alley, in a street in Brooklyn, where I’m literally throwing Daredevil through the air. Like, I’m picking him up and swinging him 15 feet into a garbage can. I do it a few times in that fight. It’s no different, it’s really not. So, I keep saying that it’s the same Fisk that was in Daredevil. It’s the same canon but people get confused about things. I understand.”

Wilson Fisk/Kingpin akan kembali dalam siri Echo Disney+.

Categories
Animasi Filem Komik Terkini

Marvel Comics Bakal Muncul dengan Jelmaan Hulk Paling Ganas!

Marvel Comics hari ini mengumumkan bahawa sambutan ulangtahun ke-60 Hulk tulisan Donny Cates (Venom) dan Ryan Ottley (Amazing Spider-Man) akan mencapai kesimpulan sungguh di luar jangkaan menjelang isu #6 April nanti.

Apabila kawalan Bruce Banner ke atas Hulk makin merosot, sesuatu yang lebih tragis bakal mengambil alih. Ancaman baharu yang muncul menjanjikan perubahan besar yang akan menghancurkan status Hulk ke terasnya malah menyemarakkan kemarahan Bruce Banner ke tahap maksimum.

Pendek kata, Hulk baharu ini akan kelihatan sangat menakutkan dan amat merbahaya!

Dalam satu siaran media rasmi oleh Marvel Comics hari ini:

“This new threat is basically the Hulk’s Knull for Venom. But just like Donny and Ryan’s run on Hulk overall, it’s crazier and more dangerous than you can imagine. The heroes of the Marvel Universe may think Hulk is the problem, but he’s not – THIS is the problem. And after Hulk #6, there’s no stopping it!”

Masih belum jelas sama ada transformasi terbaharu ini mengasingkan Bruce Banner dan Hulk secara kekal. Walau apapun berlaku, ini adalah hala tuju yang menarik untuk membawa watak itu tepat pada masanya untuk acara Hulk vs Thor yang diumumkan baru-baru ini yang juga menandakan ulangtahun ke-60 untuk Dewa Asgard itu.