Categories
Artikel

Syabas Luke Cage Di Atas Lantikan Datuk Bandar New York!

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan syabas serta sekalung tahniah kepada Tuan Luke Cage kerana telah dilantik menjadi Datuk Bandar New York City baru-baru ini.

Setelah tumbangnya Wilson Fisk (juga dikenali sebagai Kingpin oleh pihak media) yang menyandang jawatan tersebut sebelum ini akibat terbongkarnya kes-kes korupsi dan kebobrokan yang amat dahsyat, maka bandaraya tersohor kebanggaan ramai itu dapatlah kembali hidup rukun aman dan damai. Situasi yang digelar “Devil’s Reign” kini sudah pun berlalu. Tidak ada apa lagi yang perlu ditakutkan lagi.

Sekadar gambar hiasan.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil ikhtibar di atas apa yang berlaku malah menghindar dari politikus-politikus seperti Wilson Fisk, Harry Osborn mahupun Lex Luthor memegang tampuk kepimpinan rakyat lagi yang sudah semakin bijak memilih tanpa dipukau atau disantau sentimen dan agenda peribadi mereka.

FM.

Categories
Artikel Blog Filem Komik Media Televisyen

Komik Tidak Lagi Setulen Dulu.

Jujurnya, saya tidak lagi agresif membaca dan mengumpul komik sepertimana saya pernah agresif lakukan beberapa tahun sebelum ini.

Mungkin ada beberapa alasan atau sebab mengapa:

  1. Industri sudah terraforming secara mendadak sehinggakan kita sebenarnya tidak perlu lagi mengikuti semua jalan cerita komik secara linear saban minggu.

2. Harga komik yang tidak konsisten malah secara tidak langsung mengganggu bajet

3. Terlalu banyak alternatif lain untuk layan comic book related items selain komik itu sendiri.

FM

Categories
Animasi Artikel Filem Keluang Man Komik Terkini

Akhirnya KELUANG MAN Kini Rasmi Bakal Difilemkan!

Bukan rahsia lagi bahawa pada hari ini dengan secara rasmi dan tular gempar satu tanahair yang kita semua akhirnya bakal menyaksikan sebuah filem aksi hidup (live action) adaptasi siri animasi popular Keluang Man.

Ramai berasa amat teruja dengan berita tersebut kerana sudah sekian lama menanti dan terus menanti termasuklah kepada diri saya sendiri. Bayangkan selama lebih 26 tahun terlalu banyak perlu diharungi oleh para peminat adiwira lokal itu. Dan penantian tersebut bernoktah kini apabila ada pihak yang kini boleh dan berkemampuan untuk menggalas tugas serta tanggungjawab malah harapan peminat menjadi kenyataan.

All the best dan semoga sukses menuju ke pawagam kelak!

FM