Categories
Review

#REVIEW DC LEAGUE OF SUPER-PETS (2022)

1, Antara punca dan sebab utama saya mahu menonton lalu meletakkan ia di dalam senarai wajib tonton filem pada tahun 2022 adalah kerana barisan bintang besar yang hadir berkonsepkan komedi animasi superhero. Dia bukanlah parodi dan satira per se tetapi tetapi mengujakan saya!

2, Ini sejenis genre kegemaran saya mungkin dek kerana sudah terlalu banyak menghadam cerita superhero yang kebelakangan agak sedikit serius dan jauh meninggalkan genre komik atau komikal itu sendiri. Jadi DC League of Super-Pets (DCLOSP) muncul tepat masa memujuk hati saya.

3, Pengalaman pengarah yang pernah menerajui filem LEGO Batman dan Ninjago dan juga turut berperanan sebagai penerbit dan penulis skrip jelas membuktikan ia mengekalkan elemen komedi dan humor sama malah sedikit sebanyak menghiburkan pendekatan tersendiri.

4, Sekali lagi jika anda seorang pembaca dan peminat komik seperti saya, maka hampir langsung tidak ada yang mengecewakan kerana terlalu banyak tribute dan nods kepada aliran itu seperti (obviously) soundtrack filem Superman ’78 oleh John Williams, Batman ’89 oleh Danny Elfman.

5, Turut menambahkan getar debar fanboy dan fangirl adalah rujukan komik lain seperti masalah memiliki Invisible (Transparent?) Jet, dialog klise ketika berentap dan dilema superhero yang wujud dalam kompleksiti Multiverse tidak kira di alam DC mahupun Marvel.

6, Legion of Doom = Angkatan Akhir Zaman. Tabik hormat saya pada penterjemah sarikata filem ini. Awak memang menakjubkan!

7, Saya suka redesign baru Superman termasuk semua elemen-elemen rekaan yang bersangkutan dengan warisan Krptonian beliau. Terutama sekali simbol ‘S’ dan warna emas di belakang sayap Superman yang menonjolkan betapa regal House of El di bawah naungan Jor-El.

8, Seleksi para pelakon SNL adalah bonus besar yang mungkin ramai akan terlepas pandang selain daripada mega starpower yang sedia ada. Perlu diingat lakon suara tidaklah semudah yang disangka malah tidak ramai pula yang sanggup buat.

9. Oh. Syabas juga buat Sean Lee kerana turut hadir sebagai cameo pelakon suara dari Malaysia bernama Waffles, seekor anjing baka Boston Terrier yang tinggal di Kota Metropolis. Saya bertambah bangga sebab dia ni budak Subang Jaya dengan dialek Subang Jaya cukup keras untuk menjiwai jelmaan watak tersebut!

10. Saya tidak sabar lagi untuk tunggu kehadiran filem sekuelnya (jika ada) kerana potensi perkembangan watak-watak lain dalam Semesta Sinematik Animasi DC Comics. Ingat: Selain Krypto, Superman juga ada Beppo, Streaky dan Comet!

RATING: ⭐️ ⭐️ ⭐️ ⭐️ 

Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Thor. Love. Tiada Thunder.

Memang saya akui betapa ‘serius’ dan fanatik sungguh kumpulan ini kerana begitu komited mengikuti setiap butir perjalanan MCU sejak sedari awal lagi. Tetapi secara logiknya kalau mereka benar-benar matang, berpengalaman dan waras; rasanya tidak perlulah meroyan sedemikian rupa.

Esok lusa Disney+ mesti strim dan siarkan juga rasanya. Kalau setakat mahu tunjuk handal dan hebat kononnya dialah yang paling pertama, paling fanboy/fangirl di kalangan kawan-kawan elok juga semak kod etika dan prinsip diri anda sebagai peminat sejati. Kerana sesungguhnya sejati itu bukanlah tentang awal atau akhirnya hadir ke pawagam. Bukan juga agresif atau proaktifnya memprotes atas sebab apa sekalipun. Bagi saya secara peribadi kita hanya perlu bertenang kerana biarlah atas alasan apapun ia tidak lepas tayangan di sini.

Kerana bila bertenang, semangat anda dan anda akan terlihat sendiri tanpa perlu dtunjuk-tunjuk. Serulah semangat dari luar ke dalam, bukan selalunya perlu dari dalam ke luar. Nyalarasa kita perlu bertuankan pengalaman dan kematangan. Bukan membuka pekung secara terang-terangan.

Categories
Artikel

#SDCC Kita Semakin Dimanjakan Sampai Sebegitu Sekali!

Dengan San Diego Comic Con International 2012 (SDCC) yang tamat pada hari ini, maka tertunailah hajat kita semua untuk kembali merayakan hari raya yang mulia untuk semua peminat-peminat komik di mana jua berada.

Walaupun saya yakin tidak semua bertuah boleh berada di sana secara live tetapi debaran dan denyut (degup?) jantung serta semangatnya tetap dapat dirasai sampai sini. Bayangkanlah dua tahun tergendala dan tersidai sebegitu sahaja lalu tersadai di rumah masing-masing tanpa sebarang nikmat berita-berita besar SDCC, tentu sekali mendatangkan gusar.

Empat hari berlangsungnya SDCC, saya percaya kita sudah dapat lebih daripada apa yang kita mahukan.

Siapa yang masih tidak puas hati atau marah-marah itu, please get some help.

Bersyukurlah apa yang ada.

Dibuatnya lockdown lagi kau nak cakap apa lagi?

 

Categories
Komik Terkini

#SDCC2022 Spawn/Batman Bakal Bergabung Lagi Hujung Tahun Ini!

Ini ada berita baik untuk semua peminat komik di mana jua berada.

Spawn/Batman rasmi akan kembali beraksi bersama sejak pertama kali bertemu 28 tahun lalu. Pengumuman ini dibuat oleh Todd McFarlane sendiri menerusi satu pengumuman khas di San Diego Comic Convention (SDCC) dengan pelukis komik popular kegemaran ramai, Greg Capullo juga turut kembali sebagai ilustrator utama.

Komik 48 halaman berformat ‘one-shot’ tersebut bakal diterbitkan pada 13 Disember, 2022.

Kali terakhir kedua-dua adiwira yang berasal dari DC Comic dan Image Comics ini bertemu adalah pada tahun 1994 dengan komik ditulis oleh Frank Miller (Dark Knight Returns, 300) dan Todd McFarlane sendiri.

Categories
Uncategorized

Siap Sedia untuk AVENGERS: SECRET WARS, KANG DYNASTY & NEW WORLD ORDER!

Fasa 5 Semesta Sinematik Marvel (MCU) mungkin masih jauh tetapi ada sumber telah mendedahkan judul seperti Avengers: Secret Wars, Avengers: The Kang Dynasty dan Captain America: New World Order sebagai petunjuk baharu yang telah didaftarkan paten hakcipta sebagai rujukan!

Categories
Filem Komik Terkini

Jim Lee Kata SnyderVerse Sudah Tiada Dalam Perancangan DC Comics!

Ketua Pegawai Kreatif DC Comics, Jim Lee berkata tiada lagi perancangan untuk melanjutkan hayat SnyderVerse.

Walaupun ada segelintir peminat masih mahu melihat perkara tersebut menjadi realiti, namun berdasarkan kepada struktur dan pelan perancangan yang disusun oleh pihak Warner Bros. dan DC Comics sendiri tidak mungkin menjadi kenyataan.

Ia rasmi diumumkan hari ini dalam satu sesi panel di San Diego Comic Con 2022 (SDCC) walaupun masih ada khabar angin bertiup kencang dengan kehadiran Henry Cavill kembali sebagai Superman di sana!

Categories
Filem Komik Terkini

Peminat Bengang Filem X-MEN akan ditukar namanya menjadi THE MUTANTS!

Ada khabar angin mengatakan nama X-Men akan diubah ke The Mutants untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Ini bukan satu cerita baru kerana sudah mula tular sejak awal tahu lalu sekaligus kembali menyemarakkan rasa gelisah dan resah ramai peminat. Tidak kurang juga yang marah berasa amarah. Namun begitu, harus diingat bahawa Stan Lee  jugapernah muncul dengan nama tersebut semasa mula mencipta X-Men satu ketuka dulu sebelum ditolak oleh pihak penerbitan.

Sama ada sahih atau tidak, berkemungkinan San Diego Comic Con (SDCC) yang sedang berlangsung sekarang ada jawapannya jika pihak Marvel Studios memilih untuk mententeramkan kekalutan yang melanda dari terus porak peranda!

Categories
Terkini

#TERKINI 20 Julai, 2022 (Selasa)

Sebenarnya tak faham apa masalah Zack Snyder sampai quote Mussolini. #ReleaseTheSnyderCut dah dapat tapi tetap ada cerita tak best.

“If I advance; follow me. If I retreat; kill me. If I die; avenge me! It is better to live one day as a lion than one-hundred years as a sheep!”


THE MARVELS dikhabarkan akan jadi filem muzikal dengan Brie Larson bakal mendendangkan barang satu dua lagu. Siap satu babak tu ada sebuah planet penghuninya hanya boleh berkomunikasi dengan lagu dan muzik. Menarik sebab sebelum ni pun memang dia start karier sebagai penyanyi!


Fans komplen Phase 4 @MarvelStudios dah kurang sengat. @Russo_Brothers balas simple je: “They’re being experimental and looking for new forms of expression to keep audiences excited and surprised.”

Sabar. Takkan semua nak sama dan selamat je. Sekali sekala kena ambil risiko!


Tayangan khas SPIDER-MAN: NO WAY HOME – THE MORE FUN STUFF VERSION memang jelas satu taktik @SonyPictures dan @MarvelStudios untuk kaut duit lagi. Babak bonus 15 minit lebih yang sepatutnya ada dalam Blu-Ray disimpan untuk tunjuk di pawagam. Apa pun, korang mesti layan juga kan?

Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Steven Spielberg Arah Filem Baharu FANTASTIC FOUR: On Tak On?

Ya, ada khabar angin bertiup kencang bahawa pengarah legendaris E.T, Jaws, Jurassic Park dan Indiana Jones itu dilaporkan akan menjadi teraju utama untuk filem baharu Fantastic Four.

Ya, ada pengesahan rasmi bahawa Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah berjumpa beliau sejak dulu lagi untuk terlibat dalam mana-mana projek dan produksi rumah penerbitan komik terbesar dunia itu,

Ya, ada kebarangkalian semua ini boleh menjadi kenyataan selepas kemunculan John Krasinski, Sir Patrick Stewart, Chralize Theron, Angelina Jolie, Christian Bale, Russel Crowe dan beberapa bintang-bintang besar lain sejak kebelakanhan ini ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) termasuklah Sam Raimi yang kembali dipujuk setelah merajuk bertahun lamanya.

Persoalannya:

Steven Spielberg ok ke tu? Kejap dia macam on. Kejap dia macam tak on.

Korang on tak on?

Categories
Artikel Komik Permainan Kanak-Kanak Terkini

Raja Dewa Salesman Komik dan Mainan, Todd McFarlane buat hal lagi!

Bila sebut saja nama Todd McFarlane, ramai peminat komik tegar seluruh dunia kenal kekuatan dan portfolio superpower beliau.

Pencipta, penulis dan pelukis komik Spawn.

Pengasas dan pemilik rasmi McFarlane Toys.

Pencetus dunia niaga licik lagi luar biasa.

Terkini, McFarlane Toys telah mendedahkan sebuah video YouTube untuk gelombang pertama barisan baharu permainan DC Super Powers yang pernah popular pada tahun 80an.

Memetik kata-kata beliau dalam video tersebut:

“Let’s talk about all of us geeks from the 80s. Guess what’s coming back. Super Power toys and vehicles. Exclusively at Walmart. That’s where you can get them. Go to your Walmart store this summer and you’re going to be able to get them.”

Asal keluaranya oleh Kenner, Super Powers Collection mula-mula dilancarkan pada dekad 80an sebagai barisan figura aksi DC Comics. Begitu bijak sekali beliau melaksanakan strategi pemasarannya untuk peminat sampaikan ramai yang tidak mahu beli terus jadi nak beli gara-gara sasaran produk yang tepat!