Categories
Uncategorized

Siap Sedia untuk AVENGERS: SECRET WARS, KANG DYNASTY & NEW WORLD ORDER!

Fasa 5 Semesta Sinematik Marvel (MCU) mungkin masih jauh tetapi ada sumber telah mendedahkan judul seperti Avengers: Secret Wars, Avengers: The Kang Dynasty dan Captain America: New World Order sebagai petunjuk baharu yang telah didaftarkan paten hakcipta sebagai rujukan!

Categories
Filem Komik Terkini

Jim Lee Kata SnyderVerse Sudah Tiada Dalam Perancangan DC Comics!

Ketua Pegawai Kreatif DC Comics, Jim Lee berkata tiada lagi perancangan untuk melanjutkan hayat SnyderVerse.

Walaupun ada segelintir peminat masih mahu melihat perkara tersebut menjadi realiti, namun berdasarkan kepada struktur dan pelan perancangan yang disusun oleh pihak Warner Bros. dan DC Comics sendiri tidak mungkin menjadi kenyataan.

Ia rasmi diumumkan hari ini dalam satu sesi panel di San Diego Comic Con 2022 (SDCC) walaupun masih ada khabar angin bertiup kencang dengan kehadiran Henry Cavill kembali sebagai Superman di sana!

Categories
Filem Komik Terkini

Peminat Bengang Filem X-MEN akan ditukar namanya menjadi THE MUTANTS!

Ada khabar angin mengatakan nama X-Men akan diubah ke The Mutants untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Ini bukan satu cerita baru kerana sudah mula tular sejak awal tahu lalu sekaligus kembali menyemarakkan rasa gelisah dan resah ramai peminat. Tidak kurang juga yang marah berasa amarah. Namun begitu, harus diingat bahawa Stan LeeĀ  jugapernah muncul dengan nama tersebut semasa mula mencipta X-Men satu ketuka dulu sebelum ditolak oleh pihak penerbitan.

Sama ada sahih atau tidak, berkemungkinan San Diego Comic Con (SDCC) yang sedang berlangsung sekarang ada jawapannya jika pihak Marvel Studios memilih untuk mententeramkan kekalutan yang melanda dari terus porak peranda!