Categories
Artikel Blog Komik

Ingat Lagi Pilihanraya Presiden Lex Luthor 2000?

Saya pernah terbayangkan bagaimana agaknya jika ada watak-watak menerusi komik yang pernah saya baca masuk bertanding pilihanraya. Bayangan saya itu tidak berlarutan panjang apabila muncul pula jalan cerita yang diterbitkan oleh DC Comics satu ketika dulu dengan menampilkan Lex Luthor sebagai calon Presiden Amerika Syarikat.

Dia bertanding, berkempen dan menang pula tu!

Tetapi saya melihatkan agak ‘smart’ juga pendekatan sebegitu kerana seandainya superhero sebenar seperti Bruce Wayne, Tony Stark atau Oliver Queen yang masuk bertanding maka percaturan politik mereka akan menjadi ketara berbeza.

Atau lebih mudah cerita bakal berlaku bermacam hal-hal berbangkit seperti ‘conflict of interest’, kekangan masa, kredibiliti atau kebolehupayaan membantu rakyat dan selanjutnya.

Namun jika dibandingkan dengan profil yang ada pada watak antagonis seperti Lex Luthor, Wilson Fisk atau Norman Osborn sebenarnya lebih mendekati rakyat dan ada kaliber berpolitik walaupun kita tahu apakah kesudahan serta nawaitu mereka itu.

Oleh demikian anda boleh bayangkan sendiri mengapa ada yang mengatakan politik itu kotor. Sebab ia bukan tempatnya untuk superhero tetapi pilihan yang sesuai untuk musibat dan malaun seperti yang tertera tadi!