Categories
Filem Terkini Uncategorized

‘Ajal’ Daniel Craig sebagai James Bond Dirancang sejak CASINO ROYALE!

Daniel Craig sebenarnya sudah merancang lebih awal seberapa lamakah tempoh beliau James Bond akan bertahan sebelum tayangan No Time to Die lagi.

Dalam satu wawancara khas baru-baru ini bersama penerbit Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli dengan Variety, bintang utama tersebut menyatakan sejak pemilihannya sebagai agen 007 pada tahun 2006 dalam Casino Royale semuanya telah pun dimuktamadkan.

Menurut Daniel Craig kepada wartawan:

“Everything was going well. People liked the movie. And it looked like I was gonna get a chance to make at least another movie. I said to Barbara, ‘How many of these movies do I have to make?’ Because I don’t really look at contracts or any of those things. And she said, ‘Four,’ and I went, ‘Oh, okay. Can I kill him off in the last one?’ And she didn’t pause. She said, ‘Yes.'”

Turut menambah dengan segala kesukaran dan kesulitan yang ditempuhi, beliau akan merindui dunia perisikan ciptaan Ian Fleming itu:

 “It was there before me, and it will be there after me. But I’ve had a chance to be part of all of this. And if you can’t get it up for a Bond movie as an actor, what can you get it up for? So, yeah, I’ll miss it a lot.”

Filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond, No Time To Die kini boleh ditonton menerusi Blu-ray dan muat turun digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published.