Ini ada berita baik untuk semua peminat kisah cyberpunk karya klasik manga oleh Katsuhiro Otomo, Akira.

Satu pengumuman rasmi telah dibuat untuk siri anime baharu berdasarkan manga asal yang pertama kali terbit pada tahun 1982 itu. Pengesahan dilakukan semasa Katsuhiro Otomo sendiri berucap semasa panel Anime Expo di Los Angeles yang sedang berlangsung sekarang sehingga 7 Julai nanti.

Adaptasi terbaru ini menurut beliau akan setia kepada jalan cerita asal komik manga dengan penambahan plot yang tidak ketara di dalam filem tahun 1988.

Sebagai bonus, satu edisi Ultra Blu-ray dengan resolusi 4K akan dilancarkan secara rasmi pada tanggal 24 April, 2020 dengan pasaran jualan pertama di Jepun.

Manakala sebuah filem adaptasi hidup arahan Taika Waititi (Thor: Ragnarok, The Mandalorian) akan dihasikan oleh Warner Bros. Pictures untuk tayangan 21 Mei, 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *