ANUGERAH EKSELEN 2018!

Animasi, Blog, Filem, Komik, Review, Televisyen, Terkini

Komik Paling Ekselen 2018 | Dark Nights: Metal (DC Comics)

Dengan paduan penulis hebat Scott Snyder dan pelukis kegemaran ramai Greg Capullo, jalan cerita yang terkandung menerusi Dark Nights: Metal ini menceritakan bagaiaman Batman telah menemui Dark Multiverse yang bersembunyi di dalam Semesta DC itu sendiri. Turut terdedah adalah kesemua multiverse tersebut dihubungkan melalui logam misteri yang pernah ditemui Batman selama bertahun lamanya (contoh: Nth Metal dari Thanagar yang dibawa Hawkman dan Hawkgirl).

Siasatan lanjut dan terperinci akhirnya mengakibatkan Batman dan anggota Justice League lain dengan tidak sengaja telah melepaskan tujuh saka dari alam Dark Multiverse yang dipimpin oleh kelibat kebal dikenali sebagai Barbatos sebagai penakluk abadi bumi!

Komik ini bermula pada Jun 2017 dan berakhir pada April 2018 dengan resepsi positif dan sambutan memberangsangkan dari peminat komik.

 

Filem Komik Paling Ekselen 2018 | Avengers: Infinity War (Marvel Studios/Disney)

Dengan rekod cemerlang lebih 10 tahun sejak pengenalan Semesta Sinematik Marvel (MCU), inilah dia filem paling besar dan paling dinantikan dalam sejarah filem adaptasi komik setakat ini. Ia merupakan filem kesembilan belas dan penutup kepada Fasa Ketiga MCU serta menyaksikan hampir kesemua watak-watak utama MCU di dalam sebuah cerita berdurasi 2 jam 29 minit.

Akhirnya Thanos telah bertekad dengan sepenuh daya untuk mengumpul kesemua Permata Infinity dengan niat melenyapkan separuh dari hidupan di alam semesta atas nama keseimbanan alam. Beliau berjaya melakukannya di penghujung filem ini dengan beberapa watak-watak utama MCU turut terkorban.

Namun jalan cerita masih belum tamat dengan sambungannya menerusi filem Avengers: Endgame pada tahun ini.

Avengers: Infinity War adalah adaptasi dan rujukan kepada dua komik penting Marvel iaitu The Infinity Gauntlet (1991) dan Infinity (2013).


 

Siri Televisyen Paling Ekselen 2018 | Titans (DC Entertainment/Warner Bros.)

Tunjang utama dan rahsia kejayaan sebenar siri televisyen webstrim ini adalah gabungan trio paling berpengaruh dan berkaliber ini: Geoff Johns, Greg Berlanti dan Akiva Goldsman.

Dengan berpandukan kepada watak-watak utama daripada siri komik Teen Titans, adaptasi ini mendapat sambutan berbelah bahagi dan skeptikal di kalangan peminat komik seluruh dunia sehinggalah pada hari episod pertama disiarkan menerusi saluran digital DC Universe.

10 episod seterusnya.. Peminat sudah mula ketagihan dari minggu ke minggu sehinggalah episod penamat Musim Pertama yang menyaksikan Robin membunuh Batman!

Superhero Paling Ekselen 2018 | Stan Lee!

Pencipta. Penulis. Pelukis. Penerbit. Peneraju Marvel dan Perintis Dunia Komik Kontemporari Moden. Selamanya Kekal Abadi dalam ingatan kita semua. EXCELSIOR!

28 Disember, 1922 – 12 November, 2018

Filem/Siri Animasi Paling Ekselen 2018 | Ralph Breaks the Internet (Disney)

Siapa sangka, sekuel kepada filem Wreck It Ralph (2012) mampu menggegar dan memberikan kejutan yang luarbiasa.

Bukan sekadar jalan cerita dan plot yang begitu menarik, malah paling mengujakan adalah kemunculan watak-watak popular lain yang tersemai di dalam dunia milikan Disney seperti Marvel, Star Wars dan kesemua Puteri Animasi Disney!

Berita Paling Ekselen 2018 | Pembelian Aset Marvel/21st Century Fox oleh Disney!

Selamat pulang ke kampung halaman buat X-Men dan Fantastic Four.

Dengan perjanjian pindah milik bernilai USD$71.3 BILION(!), ini jelas antara berita terbesar dan laporan paling menggemparkan buat semua peminat komik dan peminat superhero Marvel sejak sekian lama.

 

Anugerah Khas Juri Kedai Komik Online 2018 | Kembalinya Anugerah Pekomik 2018!

1/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *