Apa nak jadi dengan JUPITER’S LEGACY?

Blog, Komik, Televisyen, Terkini

Ramai sedia maklum yang siri Jupiter’s Legacy telah pun dibatalkan siarannya di Netflix.

Malah ramai juga tahu akan apakah punca dan akibatnya.

Mungkin ada yang kecewa. Mungkin ramai pula tidak merasa atau terasa apa-apa kerana tahap adaptasi cerita yang agak kurang memberangsangkan jika hendak dibandingkan dengan komik asal hasil tulisan Mark Millar dan lukisan oleh Frank Quitely itu.

Aku sendiri selaku peminat kedua-dua pengkarya serta komik tersebut sama ‘terciduk’.

Bukan kerana ia merencam dan menghampakan segala harapan yang hadir sejak pengumumannya dibuat beberapa tahun lalu. Tetapi disebabkan oleh terlalu banyak campur tangan tidak perlu ke atas naskah yang aku anggap majestik dan cukup epik selama ini. Mark Millar begitu padu dengan portfolio ampuh dalam mewujudkan Millarworld sejak 2004 seperti Wanted, Kick-Ass, Secret Service/Kingsman dan sebagainya. Sejak mencipta nama menerusi ‘penyucian semula’ komik-komik di bawah label Ultimate Marvel pasca kebangkitan fasa bankrapsi Marvel seperti Ultimate X-Men, Ultimate Fantastic Four dan sudah tentunya kegemaran ramai The Ultimates (versi milenium untuk Avengers yang menjadi dasar MCU) dan Civil War¬†serta Old Man Logan, penulis asal Scotland itu tidak lagi memandang ke belakang sehinggalah terhasilnya Jupiter’s Legacy.

Diapit oleh Jupiter’s Circle serta¬†Jupiter’s Requiem yang berada di pasaran pada minggu ini, potensi trilogi Jupiter’s Legacy pada aku sebenarnya amat besar.

Harap-harap untuk usahasama seterusnya di antara Netflix yang kini masih lagi aktif memajukan projek Millarworld setelah dibeli pada tahun 2017 akan mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku demi kepuasan peminat.

Nemesis atau The Magic Order adalah antara yang paling aku nantikan jika ia tersenarai kelak.

FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *