Categories
Filem Komik Terkini

‘Aquaman’ Pecah Rekod Pembukaan Filem Terbesar Warner Bros. di China dengan Kutipan Awal USD$93.6 juta!

Filem Aquaman arahan James Wan (The Conjuring, Insidious, Saw, Furious 7) telah bermula dengan cemerlang di pasaran box-office antarabangsa dengan kutipan USD $93.6 juta di negara China, sekaligus meletakkan ia filem nombor satu di dunia setakat ini. 

Rekod terbaru ini juga adalah rekod pembukaan filem terbesar untuk Warner Bros. dan DC Comics di negara tersebut dengan menumbangkan pemegang takhta sebelum ini, Ready Player One pada nilai kutpan USD$61.6 juta. 

Lebih mengagumkan, Aquaman turut berjaya meletakkan dirinya sebagai sebuah filem adaptasi DC Comics paling berjaya di atas filem Wonder Woman (USD$90.4 juta) dan Man of Steel (USD$63.4 juta) di negara China serta sudah pasti akan mengatasi Batman v Superman: Dawn of Justice (USD$95.7 juta) dan Justice League (USD$106 juta) menjelang hujung minggu ini, seterusnya sehingga tamat tahun 2018. – FM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.