Categories
Filem Komik Novel Televisyen Terkini

Arnold Schwarzenegger Dedahkan Info Terbaru Filem TERMINATOR 6: DARK FATE!

Filem keenam dan terbaru menerusi francais filem Terminator kini sedang menggunakan judul Terminator: Dark Fate dan sama sekali akan mengabaikan semua jalan cerita yang hadir selepas Terminator 2: Judgement Day (1991).

Ia akan menyaksikan kembalinya ikon filem tersebut iaitu Arnold Schwarzenegger dan Linda Hamilton bersama kehadiran James Cameron sebagai penerbit serta pengarah baru yang sedang meningkat naik, Tim Miller (Deadpool).

Bercakap semasa acara Arnold Sports Festival baru-baru ini, Arnold Schwarzenegger telah berkongsi beberapa perkembangan menarik tentang filem Terminator: Dark Fate. Walaupun enggan mendedahkan banyak butiran pada peringkat awal memandangkan filem itu masih belum siap sepenuhnya, beliau mengesahkan slot penggambaran prinsipal selama tiga bulan di Budapest, Hungary sudah pun selesai.

Beliau turut memuji pengarah baru, Tim Miller yang dilabelkan berbakat luarbiasa dan mempunyai etika kerja yang sangat sistematik. Sebagai contoh, pengarah itu sendiri adalah seorang pakar kesan visual khas dan aksi lagak ngeri serta sangat selesa bekerjasama dengan krew dan pelakon. Turut ditambah bagaimana James Cameron selaku pengarah asal sangat membantu dan terlibat secara serius dalam pembikinan filem ini termasuk banyak keputusan serta haluan kreatif supaya para penonton dapat merasai aura terdahulu:

“It was a very interesting film to do with Tim, the dynamic, between him and with Jim Cameron producing. So Jim Cameron is right now directing Avatar films so he’s taken on this enormous challenge and he’s very busy with that BUT he’s a control freak and as you know, Terminator is kind of his baby so he does get involved in the filming so there were interesting discussions about which direction to go with a certain scene or how the dialogue should finish or what the certain look should be of an individual and all that stuff so there was a big collaboration between Jim and Tim Miller. I feel it was in good hands with both of them.”

Akhirnya, bintang veteran yang mula menempa nama menerusi filem Conan the Barbarian (1982) dan Predator (1987) itu turut  menerangkan bajet di antara USD$160 sehingga USD$200 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan filem tersebut dan telah menonton 15 minit babak sebenar untuk Terminator: Dark Fate.

Kesimpulannya?

Beliau amat berpuas hati dan yakin bahawa ia akan kembali diminati ramai seperti mana halu tuju asalnya kira-kira 28 tahun yang lalu!

Leave a Reply

Your email address will not be published.