Categories
Uncategorized

Ben Affleck Tersakiti dengan Perangai Peminat Batman!

Walaupun ramai yang suka dengan pemilihan Ben Affleck sebagai Bruce Wayne dan Batman untuk adaptasi komik versi Snyderverse ke layar pawagam, masih ada ramai juga yang kurang selesa dan berkenan.

Malah beliau juga turut mengakui agak terkilan dan tersakiti dengan reaksi peminat-peminat yang agak agresif itu.

Dalam satu wawancara terbaharu menerusi The Howard Stern Show, mantan pelakon Daredevil asal itu menyatakan:

“ I was hurt. I was less hurt than I would’ve been 10 years earlier. But I was hurt because I felt like ‘Wait a minute, come on. What do I got to do to’ you know what I mean? I thought it was an interesting idea,”

Tambah beliau lagi:

“But you know what? I also realized, ‘Now this turns into a petition.’ Now they got this thing, everybody’s going to do a petition. A hundred thousand people, you signed a f*cking petition. Like, you have anything better to do with your day than sign petitions? But, ironically, the reason I did this is I wanted to do a movie for my kids, particularly my son, that they would see and be proud of.”

Selepas berkeputusan melepaskan watak popular tersebut di atas alasan kesukaran dan kesulitan semasa menghasilkan Justice League (2017) di bawah Joss Whedon, Ben Affleck tetap setuju untuk kembali sebagai adiwira Kota Gotham itu untuk filem The Flash hujung tahun ini.

Menurut kenyataan rasmi terkini, filem itu juga menandakan kali penghabisan Ben Affleck akan beraksi sebagai Batman.

Leave a Reply

Your email address will not be published.