Categories
Filem Komik Terkini

BERITA HARI INI | 1 JULAI, 2021

Sekuel BLACK WIDOW Bakal Diteruskan Pelakon Utama Baharu!

Selepas Avengers: Endgame, bukan rahsia lagi bahawa Natasha Romanoff lakonanScarlett Johansson sudah pun terkorban.

Dan sudah tentu filem yang akan ditayangkan nanti akan menjadi sebuah naskah solo tetapi pengarah Cate Shortland tidak menolak sebarang idea sekuel.

Ditanya secara terus oleh satu sumber sama ada ia wajar dilaksanakan, beliau berkata:

“I think following a different character, yes. I think Scarlett is really happy that she’s leaving the party, you know, and she’s not the last to leave. She decided she wanted to go. And I don’t think she would want to come back at the moment.”

Pengalaman yang begitu menarik sejak berada dalam Semesta Sinematik Marvel telah membuatkan beliau terus mengulas:

“I mean, all the beautiful fights and the spectacle, and I think just creating something really fun and joyous is pretty addictive. So yeah, I would do it again. Yes. I feel really happy about it. Usually, I feel dread when I have something coming out, but this time, I feel really happy. I think because it was such a group effort.”

Jika pengamatan kami tepat, ini bermakna filem Black Widow tersebut adalah bertujuan untuk memberikan watak Yelena Belova lakonan Florence Pugh peluang lebih besar untuk kembali lagi selepas siri Hawkeye di mana Marvel Studios telah mengesahkan bahawa watak beliau akan muncul lagi.

Black Widow akan tiba di pawagam terpilih seluruh dunia dan juga melalui akses Premier Disney+ pada 9 Julai, 2021.

 


THE TRIAL OF MAGNETO Diumumkan Marvel selepas Kematian Mengejut Scarlet witch!

Hellfire Gala mencapai kemucaknya dalam X-Factor #10 semalam dengan nyawa salah seorang wira Marvel Comics paling ikonik iaitu Scarlet Witch dikorbankan dalam satu kes pembunuhan yang tidak disangka-sangka.

Tragedi mengejutkan yang menimpa Wanda Maximoff akan diteruskan menerusi siri komik The Trial of Magneto, sebuah siri baharu yang akan dilancarkan pada bulan Ogos tulisan Leah Williams dan lukisan olej Lucas Werneck.

Dalam siri ini, masa depan Krakoa terancam ketika ada percubaan yang ingin memecahbelahkan tanahair mutan yang sedang berkembang pesat itu. Dalam apa yang digambarkan sebagai “momen penting” dalam sejarah dan era X-Men cetusan idea Jonathan Hickman, ketegangan berterusan di antara Avengers dan X-Men akan meledak Avengers tiba di Krakoa untuk mencari keadilan bagi rakan sepasukan mereka yang terkorban itu.

Semua perhatian pastinya akan beralih ke Magneto. Tetapi peminat Marvel pastinya sedar bahawa ketika ia melibatkan Magneto dan saudara kembarnya Quicksilver, semua perjalanan cerita tidaklah semudah yang disangka. Malah Magneto dan Scarlet Witch sebelum ini telah melakar sejarah hitam tersendiri menerusi peristiwa House of M.

The Trial of Magneto akan mula berada di pasaran pada 18 Ogos, 2021.

 


Scott Adkins pula bakal muncul dalam JOHN WICK 4!

Pelakon Scott Adkins (X-Men Origins: Wolverine, Doctor Strange, The Bourne Ultimatum) bakal beraksi dalam John Wick 4 yang telah memulakan penggambaran awal minggu ini.

Perincian lebih lanjut mengenai perananannya pada waktu ini masih belum didedahkan.

Beliau bakal bergabung dengan bintang-bintang popular lain yang diterajui Keanu Reeves (The Matrix; Speed) serta penampilan sulung pelakon antarabangsa ternama seperti Donnie Yen (Rogue One: A Star Wars Story; xXx: The Return of Xander Cage), Rina Sawayama, Shamier Anderson ( Wynonna Earp; Goliath), Bill Skarsgård (It; Deadpool 2) dan juga Hiroyuki Sanada (The Last Samurai; The Wolverine).

John Wick 4 dijadualkan untuk tayangan pada tanggal 27 Mei, 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.