Categories
Filem Komik Terkini

BERITA HARI INI | 2 JULAI, 2021

BLACK PANTHER: WAKANDA FOREVER Isytihar Peperangan Benua Atlantis dan Wakanda!

Rentetan daripada laporan tentang filem Black Panther: Wakanda Forever yang telah memulakan produksi di Atlanta, Georgia. Terdapat logline atau sinopis baharru berdasarkan sumber yang kami perolehi.

Walaupun ia bukanlah rasmi yang dikeluarkan oleh Marvel Studios, sumber tersebut mempunyai rekod serta prestasi baik apabila meramalkan perkara semacam ini.

Dalam artikel tersebut, ia ada menyebut:

“Both Wakanda and Atlantis are hidden civilizations with advanced technology and increased militaristic abilities that decided to separate themselves from the rest of the world for their own safety, and in a way, out of fear. Wakanda feared that their technology would be abused. Atlantis feared that surface dwellers would come and desecrate the mythical city just as they did so many years ago. And yet their fears escalate even further when these two once-hidden nations clash with each other.”

“Wakanda and Atlantis have a shockingly intertwined history. Wakanda is the only county in the world with access to Vibranium. However, rumours of its power spread throughout the world, and Namor’s human father was sent searching for this rare material in Antarctica!”

Sumber sama turut mengatakan bahawa Namor, Namora dan Attuma akan turut tampil dalam Black Panther: Wakanda Forever. Maka ini bermakna Marvel Studios bakal memperkenalkan versi Atlantis mereta sendiri untuk dibandingkan francais Aquaman.

Berikutan pemergian tragis Chadwick Boseman, kami tidak tahu siapa yang akan layak sebagai Black Panther untuk bertarung dengan Namor tetapi Letitia Wright yang hadir dengan Shuri tetap menjadi salah satu calon yang paling ramai dicalonkan peminat.

Black Panther: Wakanda Forever bakal berada di pawagam seluruh dunia pada tanggal 8 Julai, 2022.

 


Kevin Feige Beri Gambaran Bila Barisan Pelakon FANTASTIC FOUR akan Diumumkan

John Krasinski dan Emily Blunt sepertimana ramai sediah maklum tetap menjadi pilihan dan kegemaran peminat untuk memegang peranan utama Reed Richards dan Sue Storm dalam kemunculan sulung Fantastic Four untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU). Namun begitu, masih belum ada kata rasmi mengenai siapa yang akan dipilih dan ini dirasakan tidak akan berubah dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Entertainment Tonight semasa tayangan perdana Black Widow malam tadi, Presiden Marvel Studios Kevin Feige mengakui bahawa dia tidak merancang untuk berkongsi serta mendedahkan berita mengenai filem itu buat masa ini.

Menurut satu kenyataan yang diberikan kepada wartawan:

“I don’t think it’s soon. You know this is our first red carpet event in two years, we’ll see what happens with upcoming gatherings and fan events where we can release more news. I hope it’s sometime in the near future.”

Dalam perkembangan berkaitan, Marvel Studios sekali lagi tidak akan hadir dan membuat kemunculan untuk Comic-Con tahun ini.

Pengarah Jon Watts akan menerajui filem Fantastic Four untuk Marvel Studios dan dijangka tidak akan memulakan produksi untuk sementara waktu terutama sekali tatkala beliau sendiri sibuk melakukan sentuhan terakhir Spider-Man: No Way Home untuk tayangan hujung tahun ini.

Belum ada perincian plot aatau jalan cerita malah treler rasmi buat masa ini walaupun ia bakal ditayangkan di seluruh dunia pada 16 Disember, 2021.

 


Jay-Z Borong Aset Comic Book Grading Company (CGC)

Syarikat induk CGC, Certified Collectables Group akan diambil alih oleh kumpulan pelaburan Blackstone Tactical Opportunities yang merangkumi semua syarikat milik Jay Z, ROC Nation.

Ditubuhkan pada tahun 1987, syarikat CCG yang menawarkan perkhidmatan pengesahan kualiti pelbagai koleksi persendirian kolektor seluruh dunia termasu 60 juta duit syiling, wang kertas, komik, kad komik, kad sukan, setem, bahantara harta tanah dan koleksi-koleksi lain yang berkaitan.

Blackstone Tacticle Oppertunities adalah kumpulan pelaburan yang terdiri daripada pelanggan yang mencari peluang pelaburan yang begitu luas. Ia memiliki saham majoriti syarikat bernilai melebihi USD$500 juta. Mark Salzberg dan Steven R. Eichenbaum, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CCG akan mengekalkan kepentingan minoriti yang membolehkan pentadbiran CGC tetap berada di tempatnya di samping memberikan mereka akses kepada semua sumber Blackstone.

Ini termasuk ROC Nation, sebuah syarikat hiburan yang mewakili artis daripada pelbagai bidang Muzik, Sukan, Seni, TV dan Filem seperti Rihanna, Shakira dan Jaden Smith. Dengan pasaran koleksi antarabangsa yang kurang memberangsankan sejak tahun lalu akibat pandemik Covid 19 dan pembatalan konvensyen seluruh dunia, kolektor dan spekulator tkini bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan online.

CGC telah menerima sejumlah koleksi yang besar dan memecah banyak rekod jual beli sejak ditubuhkan

Dengan pemerolehan ini, CGC nampaknya akan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan industri hiburan malah memberikan peluang lebih besar yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk kolektor komik seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.