Categories
Blog

Bertalaqi (19/2019)

Sepanjang cuti panjang ini, saya telah menurun dan menghadap tiga orang otai (sebutan pendek untuk ‘old timer’) atas nama perguruan.

Sudah menjadi kelaziman bagi saya untuk terus konsisten serta istiqomah dalam mencari ilmu dalam berpengalaman. Setiap satu otai atau guru ini mempunyai jurus kehebatan masing-masing. Berkat pencak mereka dalam lapangan selama puluhan tahun saya mahu jadikan isi buah kilas dalam perjuangan.

Ada yang sama fahaman dan serupa mazhab.

Ada yang berbeza pendapat dan bertingkah idea.

Seorang kartunis. Seorang pekomik. Seorang grafik novelis.

Yang penting adalah pedoman dan panduan diperolehi itu dapat dijadikan bekal hidup merentasi ujian dan cabaran!

Leave a Reply

Your email address will not be published.