Categories
Filem Komik Terkini

BLACK WIDOW Rugi Teruk Tahun Lalu Kerakusan Lanun Cetak Rompak!

COVID-19 memberi kesan kepada Hollywood yang masih dirasai sehingga kini.

Ia mendorong banyak keputusan luar biasa dan tidak dijangka untuk tahun 2020 dan 2021. Tayangan Black Widow menerusi Akses Premier Disney+ pada hari yang sama ia ditayangkan di pawagam terbukti sangat kontroversi malah menyebabkan Scarlett Johansson menyaman Disney.

Semuanya telah selesai sekarang tetapi perkara penting yang boleh dipelajari di sini adalah terlalu banyak jumlah wang yang hilang daripada pasaran box office akibat dan kesan keputusan tadi.

Fakta terkini yang diperolehi mendedahkan Scarlett Johansson berkemungkinan akan menyelesaikan tuntutan mahkamahnya dengan Disney bernilai USD$40 juta dengan kebanyakan imbuhan wang yang hilang itu datangnya daripada salinan strim cetak rompak dan torrent selepas ditawarkan menerusi di Disney+.

Sumber turut berkongsi maklumat bahawa filem blockbuster Marvel Studios telah dicetak rompak lebih daripada 20 juta kali yang membawa kepada anggaran kerugian sebanyak USD$600 juta berbanding harga Disney+ PVOD ($29.99) sahaja. Itu jumlah yang tidak masuk akal sekaligus menjelaskan mengapa Marvel Studios tidak lagi ada menerusi Premier Access!

Leave a Reply

Your email address will not be published.