Categories
Filem Komik Terkini

Captain America Akan Kembali ke MCU?

Avengers: Endgame berakhir dengan Steve Rogers berkeputusan untuk kekal dengan kehidupan di masa lalu bersama kekasihnya, Peggy Carter. Beliau kemudiannya muncul semula di masa kini sebagai seorang lelaki tua setelah menjalani kehidupan penuh bahagia dan ini adalah pengakhiran yang sempurna.

Tetapi adakah itu pasti dan muktamad?

Menerusi satu wawancara terbaru di The Graham Norton Show, Chris Evans selaku pemegang watak tersebut sejak 2011 ditanya apakah ini benar-benar penamat kemunculannya sebagai Captain America, beliau menjawab:

“Yes, I think it is. It was a great run and we went out on such a high note that it would be risky to revisit it in my opinion. It was such a good experience and I think it’s better left that way. It’s not a hard no.. but it’s not an eager yes either. I think Cap had such a tricky act to stick the landing, and I think they did a really nice job letting him complete his journey.”

Beliau terus menegaskan bahawa Steve Rogers tidak akan membuat penampilan dalam The Falcon dan The Winter Soldier buat masa yang terdekat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.