Categories
Animasi Anime Antologi Anugerah Artikel Blog Filem Komik Konten Strim Lifestyle Manga Media Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Podcast Review Televisyen Terkini

Tauke Dan Tokan Terlampau!

Satu masa dulu, kita hanya perlu menantikan kehadiran San Diego Comic Convention (SDCC) sahaja untuk bermacam pengumuman eksklusif dan pelbagai pelancaran treler baharu.

Hari ini dengan dunia yang semakin rancak berubah dengan kehendak dan kemahuan zaman, SDCC sudah beranak pinak denga saudara-mara dan keluarga besar lain seperti D23, DC Fandome dan lain-lain. Yang untung sudah tentunya tauke dan tokan besar pemilik syarikat konglomerat besar seperti Disney, Warner Bros. dan Netflix. Kita pun rasa serba salah sebab asalnya kitalah juga yang tamak mahukan lebih itu dan ini.

Sebagai seorang peminat yang sudah lama berada dalam situasi tersebut, saya juga turut tersepit lalu terhimpit. Tersepit kerana sampai sekarang belum ada kesempatan hendak ke mana-mana konvensyen komik bukan kata yang di San Diego, yang di Singapura (SCC) saya belum sempat jejak lagi. Terhimpit kerana perasaan itu semakin lama semakin bercampur baur dek kerana saudara-mara dan keluarga besar SDCC tadi membuatkan saya kurang senang dengan diri sendiri sebenarnya.

SDCC pernah jadi one-stop centre untuk semua yang saya mahukan.

Tetapi bila sudah jadi begini, apakah kita terpaksa berbelanja lebih besar dan pecahkan diri dengan teknik duplikasi replikasi ala Shadow Clone untuk rasa puas hati 100%?