Categories
Filem Komik Terkini

Chukwudi Iwuji Jawab Spekulasi Wataknya dalam GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3!

Apabila James Gunn berkongsi foto di sebalik tabir filem ketiga beliau untuk Marvel Studios, para peminat dengan pantas berjaya melihat kelibat Chukwudi Iwuji pada latar belakang. Spekulasi serta-merta mula berleluasa tentang siapakah watak yang mungkin akan dihidupkan beliau.

Silver Surfer, Nova dan juga Galactus adalah antara yang dilontarkan oleh peminat. Walaupun khabar angin baru-baru ini turut menyebut Chukwudi Iwuji akan mengambil peranan sebagai pencipta Rocket Raccoon iaitu The High Evolutionary.

Semasa satu sidang media dan promosi siri Peacemaker, pelakon tersebut telah memberi respon dan menjawab:

“I saw those rumors recently, I’ve seen that. I saw Silver Surfer, I saw Nova, I’ve seen many. For me to wrap my head around the fact that I am the subject of speculation around the Internet is kind of fun. But I have to stay mum, I can’t tell you. I’d love to.”

Nampaknya kita masih perlu mengambil sikap tunggu dan lihat. Ada kemungkinan wataknya tidak akan didedahkan sehingga kita menonton filem itu tetapi beberapa butiran pasti akan didedahkan sebelum tahun ini berakhir.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 bakal berada di pawagam pada 23 Mei, 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published.