Categories
Filem Komik Terkini

CinemaCon Dedahkan Poster Promo Terbaru WONDER WOMAN 1984 & BIRDS OF PREY!

CinemaCon dengan rasminya telah berlangsung semalam di Caesars Palace, Las Vegas.

Warner Bros. telah mengambil kesempatan itu untuk melancarkan poster promosi terbaru dan terkini untuk filem Wonder Woman 1984 dan Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of one Harley Quinn) semasa panel sesi pembentangan mereka.

Kedua-dua poster tersebut tidak memberikan kita sebarang pendedahan atau pandangan baru untuk mana-mana watak tetapi ia menampilkan versi judul logo terkini untuk filem DC Comics bagi slot tahun 2020. Untuk mereka yang hadir semasa acara itu, mereka bertuah kerana dapat menonton video eksklusif di belakang tabir yang dikhabarkan telah memberi kejutan oleh sebab peranan lebih besar Harley Quinn (Margot Robbie) dalam pasukan Birds of Prey serta kelibat Kristen Wiig sebagai seteru utama Diana Prince iaitu Cheetah!

Duo poster promo rasmi tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

Birds of Prey bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Februari, 2020, manakala Wonder Woman 1984 pula ditayangkan secara rasmi pada 4 Jun, 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published.