Categories
Filem Terkini

Colin Trevorrow Bakal Arahkan Filem Terbaru ATLANTIS!

Universal Pictures dijangka akan bekerjasama semula dengan pengarah dengan Jurassic World, Colin Trevorrow untuk sebuah filem terbaru tentang kota mitos Atlantis.

Menurut sumber yang dipetik dari Deadline, beliau telah pun memberikan komitmen untuk memimpin projek tersebut yang digambarkan sebagai sebuah filem thriller dengan mengambil pendekatan yang sedikit berbeza tentang legenda terkenal tamadun kota yang hilang itu.

Menurut sumber yang sama itu lagi:

“Unlike previous incarnations of the mythical city as an underwater kingdom, Trevorrow’s Atlantis is set on a lost continent in the Indian Ocean between Africa, India and Oceania. It is a multicultural civilization with its own advanced technology.”

.
Tidak banyak butiran yang diketahui setakat ini tetapi skripnya akan ditulis oleh Dante Harper (Edge Of Tomorrow, Alien: Covenant, Rogue One) dengan kisah asalnya dilahirkan oleh Colin Trevorrow dan Matt Charman (Bridge Of Spies, Oasis).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.