DC Comics Dedahkan Judul Logo Baru selepas DETECTIVE COMICS #1000!

Animasi, Anime, Filem, Komik, Manga, Novel, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Podcast, Televisyen, Terkini

Keluaran Detective Comics #1000 pada minggu ini menandakan bermulanya sambutan rasmi ulangtahun ke-80 untuk Batman.

Edisi istimewa tersebut menghidangkan banyak kisah-kisah menarik menelusuri era berbeza adiwira Kotaraya Gotham itu serta melahirkan sebuah misteri baru dengan kemunculan versi terkini Arkham Knight!

Dan pada hari ini semasa Panel Khas “DC Celebrates 80 Years of Batman Comics” menerusi acara WonderCon yang berlangsung di Anaheim, DC Comics telah mengumumkan judul logo baru untuk komik Detective Comics bermula dengan isu #1001.

Seperti mana versi rekaan judul logo Detective Comics sebelum ini, nama “Batman” sekali lagi tetap dikekalkan. Akan tetapi perbezaan ketara di sini adalah keseluruhan rekaan tersebut telah disatukan dalam simbol Batman serta diadunkan dengan warna biru dan kuning yang cerah menyala.

Detective Comics #1001 dihasilkan oleh Peter J. Tomasi, Andrew Hennessy, Brad Walker, Nathan Fairbairn dan Rob Leigh bakal menyelongkar misteri Arkham Knight yang muncul pada halaman akhir isu #1000.

Bakal berada di pasaran pada 10 April, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *