Terimalah laporan terbaru ini dengan waspada kerana khabar angin baru yang sedang gurih bertiup kencang serata internet sekarang mendakwa Ryan Reynolds telah “melamar” Marvel Studios dengan idea untuk melagakan Wade Wilson/Deadpool dengan seluruh Semesta Sinematik Marvel (MCU)!

Malah salah satu sumber utama terbaru yang dipetik dari Hindustan Times ada menyebut:

“Deadpool kills Fox’s Marvel Universe was one of the ideas pitched by Ryan Reynolds back in 2019.. Michael Bay is actually in talks to direct the movie!”

_

Walaupun Ryan Reynolds pernah bekerjasama dengan Michael Bay di Netflix untuk filem Six Underground (yang mana skrip ceritanya juga turut ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick iaitu duo penulis sama untuk filem Deadpool), ia masih memang amat berat untuk dipercayai.

Sukar untuk  mempercayai jika sekiranya filem seperti ini tidak akan menghasilkan lebih dari $1 bilion di pawagam kelak kerana ternyata ianya adalah satu gagasan idea klasik Hollywood moden. Untuk rekod rasmi, Ryan Reynolds memang sudah bertemu dengan pihak Marvel Studios dan Kevin Feige tetapi sama ada ini adalah sesuatu yang sedang dipertimbangkan oleh kedua-dua pihak masih tidak dapat dipastikan.

Apa pula pendapat anda tentang penyebaran khabar angin yang sangat sensasi ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *