Categories
Animasi Filem Iklan Komik Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Disney+ Dedahkan Logo Rasmi Siri FALCON & WINTER SOLDIER dan THE MANDALORIAN!

12 November, 2019.

Itulah tarikh pelancaran rasmi untuk perkhidmatan strim Disney+ yang bakal hadir dengan segala macam kandungan siri televisyen, filem, animasi dan dokumentari yang diterbitkan oleh The Walt Disney Company.

Awal hari ini Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Disney, Bob Iger telah mendedahkan pandang pertama antaramuka (interface) perkhidmatan tersebut dan ia turut memperlihatkan paparan logo-logo rasmi untuk siri baharu seperti adaptasi siri aksi hidup sulung Star Wars iaitu The Mandalorian dan siri spin-off Marvel Studios, Falcon & Winter Soldier yang dibintangi pelakon asal Anthony Mackie dan Sebastian Stan!

Selain itu, watak filem Avengers lain iaitu Vision dan Scarlet Witch turut mendapat siri adaptasi Disney+ sendiri yang berjudul WandaVision.

Tonton kesemua pendedahan eksklusif dan terbaru Disney+ tersebut di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published.