Categories
Blog

Dunhill Double

Satu ketika dulu pada setiap hari Khamis dan Jumaat tepat jam 10.00 malam menjelang hujung minggu, saya akan menantikan satu slot filem berganda yang dipanggil ‘Dunhill Double’.

Konsep Dunhill Double adalah dua buah filem blockbuster Hollywood sepanjang zaman yang disiarkan berturut-turut (back-to-back) selama dua hari tersebut. Ia disiarkan menerusi saluran RTM2 dengan filem bersekuel seperti Star Wars, Superman, Indiana Jones, Back to the Future dan macam-macam lagi. Saya sangat suka slot itu kerana pada waktu itu sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang telah lebih awal terdedah pada magis Hollywood dan tidak mampu lagi untuk ke pawagam bersendirian, Dunhill Double hadir sebagai escapism yang begitu luarbiasa serta tepat masa.

Disebabkan halangan iklan dan penjenamaam produk rokok telah berkuatkuasa lalu tidak dibenarkan untuk menaja slot tayangan tersebut serta promosi nasional lain terutamanya liga dan siaran langsung bolasepak, slot Dunhill Double sudah tidak dapat ditonton lagi menjelang lewat 90an.

Selain daripada itu, saya juga taksub dengan Dunhill Blockbuster dan Pesta Filem Dunhill yang turut menyiarkan filem-filem pemenang anugerah dan legenda Hollywood terbaik antara yang terbaik.

R.I.P Dunhill Double.

9/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published.