Categories
Filem Komik Terkini

Filem Reboot BLADE Bakal Tampilkan Faiza Hussain sebagai Excalibur!

Adegan dalam babak bonus Eternals secara rasmi telah memperkenalkan Mahershala Ali sebagai Blade ketika dia singgah untuk menawarkan bantuan kepada Dane Whitman lakonan Kit Harington yang berhadapan kuasa Ebony Blade.

Ini jelas membayangkan gabungan kuasa Blade/Black Knight dan nampaknya Marvel Studios juga akan memperkenalkan kekasih baharu beliau.

Menurut butiran terkin dipercayai untuk filem reboot Blade, Marvel Studios kini sedang mencari pelakon wanita yang memiliki kriteria tersebut:

“A North African actress who speaks French (20-40s) to play a character named FAIZA, who is described as a tough and agile fighter with a strong presence and a talker who never backs down. Potential candidates for the role must be open to training period beforehand. Actors with fight experience are encouraged to submit.”

Watak Dr. Faiza Hussain adalah seorang wanita Islam yang memiliki pedang sakti Excalibur dan akhirnya menggunakan nama kod pedang legenda Raja Arthur itu apabila menjadi ejen MI13. Beliau bertemu Dane Whitman semasa pencerobohan Skrull ke atas Bumi dan kedua-duanya akhirnya menjalinkan hubungan cinta di dalam komik.

Faiza Hussain juga pernah bertempur dengan banyak musuh bersama Doctor Strange dan Captain Britain termasuk Dracula!

Leave a Reply

Your email address will not be published.