Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

Filem Solo THE FLASH Siap Sedia untuk Penggambaran 2019?

Warner Bros. berkemungkinan besar telah menyalakan lampu hijau untuk filem solo The Flash!

Menurut sumber yang dipetik dari Geeks Worldwide, projek filem DC Comics yang sudah sekian lama dinantikan peminat akhirnya dikhabarkan bakal memulakan penggambaran prinsipal pada November 2019. Walaupun ia masih lagi belum diumukan secara rasmi namun ia tetap adalah sebuah perkembangan yang amat positif.

Antara anjakan paradigma kepada filem tersebut adalah kejayaan luarbiasa filem Aquaman arahan James Wan yang dibintangi Jason Momoa baru-baru ini.

Ketika diumumkan awal dulu, filem solo The Flash dikatakan akan menggunakan judul Flashpoint. Tetapi akhirnya idea itu terpaksa digugurkan untuk memberi ruang kepada perkembangan yang lebih luas untuk adiwira berkelajuan luarbiasa tersebut.

Diarahkan oleh John Francis Daley dan Jonathan Goldstein, The Flash dibintangi oleh Ezra Miller sebagai Barry Allen, Kiersey Clemons sebagai Iris West dan Billy Crudup sebagai Henry Allen.

Untuk filem-filem terbitan DC Comics dan Warner Bros. selepas ini adalah is Shazam! (5 April, 2019), Joker (4 Oktober, 2019)Birds of Prey And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn (7 Februari, 2020)Wonder Woman 1984 (5 Jun, 2020), Suicide Squad 2 (6 Ogos, 2021) dan The Batman (25 Jun, 2021).

Leave a Reply

Your email address will not be published.