Categories
Filem Terkini

Foto dan Video Lokasi Penggambaran JAMES BOND 25 Dedahkan Kelibat Penjahat Misteri Bertopeng!

Penggambaran prinsipal untuk filem James Bond 25 kini sedang aktif dijalankan dan ia berkemungkinan besar bakal menjadi filem terakhir yang menampilkan Daniel Craig sebagai Agen 007.

Hari ini kita diperlihatkan dengan barisan foto-foto dari set lokasi berdekatan kawasan Nittedal, Norway serta menampilkan watak penjahat misteri bertopeng.

Ia diiringi dengan sebuah video pendek menerusi entri Tweet menerusi pautan di bawah ini. Jika diperhatikan dengan lebih dekat, ada andaian netizen mengatakan bahawan kanak-kanak perempuan di dalam foto tersebut besar kemungkinan adalah anak kepada James Bond sendiri!

Untuk pengetahuan ramai, Danny Boyle (Trainspotting, The Beach, 28 Days Later, Sunshine, Slumdog Millionaire, 127 Hours, Steve Jobs) sebenarnya telah dipilih untuk mengarah filem James Bond 25. Akan tetapi Cary Joji Fukunaga terpaksa menggantikannya atas sebab-sebab yang tidak didedahkan sekaligus menandakan halatuju cukup berbeza dan bukan ortodoks untuk jalan cerita kali ini.

James Bond 25 dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia pada 13 Februari, 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published.