Categories
Filem Komik Terkini

Gal Gadot Dedah Perkembangan Terkini WONDER WOMAN 3!

Pengarah Wonder Woman 1984 (WW84), Patty Jenkins telah mengesahkan beliau akan kembali untuk filem ketiga Puteri Amazon tersebut semasa acara DC FanDome tahun lalu,

Tidak banyak maklumat yang diketahui sejak daripada itu.

Namun pada hari ini dalam satu wawancara bersama InStyle, bintang utama Gal Gadot mendedahkan bahawa skrip untuk Wonder Woman 3 kini sedang disiapkan dengan produksi bakal bermula dalam lebih kurang setahun dari sekarang.

Butiran plot buat masa ini masih samar tetapi ramai sedia maklum bahawa pelakon asal, Lynda Carter akan kembali sebagai Asteria selepas peranan kecilnya dalam WW84 dengan kemunculan yang lebih besar dan banyak dalam filem seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.