Categories
Komik Terkini

Jalan Cerita “Epik” dan “Gila &%$#” untuk VENOM #200!

Venom #25/#190 yang baru berada di pasaran telah merencanakan sesuatu yang luarbiasa menuju ke isu #200 kelak.

Donny Cates selaku penulis komik tersebut yang semakin mendapat tempat di hati peminat telah berkongsikan sesuatu yang menarik di Twitter dengan pelan besar ke mana halatuju komik itu akan berlangsung:

Ryan Stegman turut mengesahkan bahawa beliau akan terus berperanan sebagai pelukis komik di atas, satu berita baik memandangkan betapa berkesannya hasil yang dipaparkan selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Donny Cates pertama kali mengambil alih Venom pada tahun 2018 dan dia melakukan beberapa perubahan besar ke dalam dunia Eddie Brock termasuk memperkenalkan Knull, Raja Dewa Simbiot dan kembalinya Cletus Kasady untuk jalan cerita Absolute Carnage. Malah baru-baru ini, beliau telah bekerjasama dengan artis legenda Spider-Man dan Ultimate Spider-Man, Mark Bagley untuk jalan cerita “Venom Island”!

Leave a Reply

Your email address will not be published.