Yup. Ini bukan jenaka April Fool!

Ini benar-benar kejadian.

Laporan yang baru kami terima menyatakan bahawa Jamie Foxx kini dalam rundingan untuk kembali sebagai Electro untuk filem Spider-Man 3.

Beliau pernah muncul sebagai Max Dillon/Electro dalam Amazing Spider-Man 2 (2014) tetapi masih tidak jelas sama ada beliau akan memainkan watak yang sama atau baharu. Sekiranya sama, maka elemen Multiverse masih tetap memjadi fokus selepas ia secara tidak rasmi diperkenalkan dalam Spider-Man: Far From Home (2019).

J.K. Simmons juga sudah kembali sebagai J. Jinah Jameson. Mungkinkah Marvel dan Sony bakal mewujdukan crossover ala Into The Spider-Verse yang lebih besar di sini? Itu tetap satu kemungkinan dan bersandarkan pada idea Multiverse ini juga akan membolehkan watak seperti Venom, Morbius dan watak lain muncul di MCU.

Spider-Man 3 belum diberikan judul rasmi oleh pengarah Jon Watts tetapi akan menyaksikan Tom Holland kembali sebagai Peter Parker dengan Zendaya, Marisa Tomei, Jacob Batalon dan Tony Revolori juga diharapkan dapat mengulangi peranan mereka daripada filem sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *