Categories
Filem Komik Terkini

Jared Leto Dedahkan Imej Eksklusif Belakang Tabir Penggambaran Filem MORBIUS!

Ramai sudah sedia maklum produsi untuk filem spin-off Spider-Man iaitu Morbius terbitan Sony Pictures akam bermula tidak lama lagi.

Akan tetapi bintang utama Jared Leto hari ini telah mendedahkan bahawa penggambaran sudah pun bermula sejak seminggu lalu dengan entri foto belakang tabir terbaru yang dimuatnaik menerusi akaun Twitter rasmi milik beliau.

Ia memaparkan foto pelakon pemenang Anugerah Academy tersebut sebagai Michael Morbius yang ditakdirkan berubah menjadi puntianak jadian setelah menyuntik dirinya sendiri dengan serum kelawar demi mengubat jangkitan penyakit yang sangat kompleks.

Foto entri tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

Morbius diarahkan Daniel Espinosa dengan skrip tulisan Burk Sharpless dan Matt Sazama. Ia turut dibintangi Jared Harris, Matt Smith dan Adria Arjona dengan tarikh tayangan rasmi pada 31 Julai, 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published.