Categories
Televisyen Terkini

Jeon Somi Dedahkan Punca Sebenar Keluar JYP!

Sebelum memulakan karier sebagai artis solo, Jeon Somi sebenarnya dikatakan bakal membuat debut bersama kumpulan Itzy di bawah JYP Entertainment. Tetapi sebelum penampilan sulung mereka itu bermula, dia telah meninggalkan agensi tersebut dan menyertai syarikat di bawah YG Entertainment iaitu The Black Label.

Dalam satu siaran di YouTube, Somi telah mendedahkan buat pertama kali mengapa beliau memutuskan untuk meninggalkan JYP dan menjadi artis solo:

“Selepas habis mempromosikan IOI saya tidak mempunyai apa-apa kerja. Sebab itu saya menyertai The Black Label..”

Lee Yong Jin selaku pengacara siaran tersebut bertanya kepada Somi adakah beliau menyesal kerana meninggalkan agensi tersebut. Penyanyi itu dengan tenang menjawab “tidak pernah”.

Jeon Somi juga mengatakan bahawa dia sangat berpuas hati dengan layanan serta suasana persekitaran daripada agensinya baharunya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.