Categories
Filem Permainan Video Terkini

Judul Rasmi Filem Sekuel JUMANJI Didedahkan!

Setakat ini, Sony Pictures masih lagi belum mengumumkan judul rasmi untuk sekuel ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’.

Namun butiran terkini yang diperolehi hasil risikan kami menerusi sumber lembaga penapisan filem, ianya mungkin telah terdedah juga. Lembaga tersebut yang mengklasifikasikan sebarang treler rasmi sebelum siaran umum telah meletakkan label PG (Parental Guidance) untuk filem ‘Jumanji: The Next Level,’ yang sudah semestinya dipercayai kini sebagai sumber rasmi sekuel tersebut.

Treler berurasi 2 minit 30 saat itu dijangka akan bersiaran serentak dengan tayangan Spider-Man: Far From Home pada minggu hadapan. Sony Pictures pernah menyiarkan treler sulung rasmi Welcome to the Jungle serentak dengan tayangan Spider-Man: Homecoming pada tahun 2017.

Filem ini sekali lagi akan dibintangi oleh Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan dengan pendatang baru Awkwafina (Ocean’s 8), Danny DeVito (It’s Always Sunny in Philadelphia), Danny Glover (Sorry to Bother You) dan Dania Ramirez (Tell Me A Story).

Jumanji: The Next Level bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 13 Disember, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.