Categories
Filem Komik Terkini

JUSTICE LEAGUE Versi Asal Bakal Tampil Lebih Banyak Babak Baru “Knightmare”!

Batman v Superman: Dawn of Justice pernah menggemparkan kita semua dengan babak yang digelar “Knightmare”.

Sejak itu, Zack Snyder turut menjelaskan bahawa sekuel Justice League sepatutnya berlangsung pada satu aliran masa dan dunia yang diperintah oleh Darkseid dan Superman pula dirasuki entiti kuasa Anti-Life Equation iaitu sejenis kuasa kosmik agung persis Permata Infiniti dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Rancangan asalnya adalah supaya Flash dapat hadir menggunakan Cosmic Treadmill (sejenis mesin merentas masa dalam Semesta DC) untuk mengembara ke masa lalu dan membantu memperbaiki keadaan. Dan pada hari ini, pengarah tersebut telah mengesahkan bahawa lebih banyak babak “Knightmare” akan ditambah dan dimasukkan dalam filem Justice League #SnyderCut menjelang tayangan rasmi tahun hadapan di saluran strim HBO Max menerusi pendedahan eksklusif dan entri terbaru akaun Vero milik pengarah tersebut di bawah ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.