Categories
Filem Komik Terkini

Kemunculan Lucia Von Bardas Bakal Perkenalkan Doctor Doom dalam MCU?

Kesemua filem Fantastic Four sebelum ini sebenarnya gagal memanfaatkan potensi yang ada pada Doctor Doom tetapi sebaliknya hanya menggambarkan beliau sebagai seorang ahli perniagaan atau saintis dari Amerika Syarikat. Namun untuk versi Semesta Sinematik (MCU), harapan melihat Victor Von Doom menjadi diktator yang kita semua kenali menerusi komik adalah tinggi di samping meneroka lebih banyak cerita tentang tanah asal antagonis tersebut di tanahair Laveria.

Dengan siri The Falcon dan The Winter Soldier bakal membawa penonton ke Madripoor (sebuah pulau yang sangat sinonim dengan komik X-Men), kini ada ura-ura yang sedang bertiup kencang mendedahkan bahawa ia juga bakal memperkenalkan kita semua kepada watak Lucia Von Bardas!

Penampilan pertama Lucia Von Bardas dalam komik SECRET WAR #1 (2004)

Nama tersebut bukan nama penjahat popular Marvel tetapi beliau pernah dilantik sebagai pengganti Victor Von Doom setelah digulingkan sebagai pemimpin terutama Latveria. Malah beliau sendiri pernah menjadi “Doctor Doom” buat seketika dan Marvel Studios bakal mengambil kesempatan dengan memperkenalkannya sebagai diplomat atau pemimpin Latveria dalam filem atau projek Disney+ yang akan datang untuk mengumumkan kewujudan Latveria dalam MCU.

Ia mirip dengan cara Wakanda diperkenalkan melalui watak Ulysses Klaue dalam Avengers: Age of Ultron (2015) dan boleh terjadi dalam The Falcon dan The Winter Soldier.

Leave a Reply

Your email address will not be published.