Kes Saman Scarlett Johansson vs. Walt Disney Studios Selesai!

Animasi, Filem, Komik, Media, Televisyen, Terkini

Walaupun ada banyak perkara yang masih perlu diperbaiki dan diuruskan, nampaknya Scarlett Johansson dan Walt Disney Studios akhirnya telah mencapai kata sepakat dalam penyelesaian di atas kes pelanggaran tuntutan kontrak yang menggemparkan Hollywood.

Terma dan syarat perjanjian tidak didedahkan setakat ini.

Tentang perkembangan terkini ke mana arah tuju kedua-dua belah pihak selepas ini, mereka dikatakan berminat untuk bekerjasama lagi secepat mungkin malah mengesahkan bahawa projek filem Tower of Terror masih dalam rundingan untuk produksi.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari Scarlett Johansson:

I am happy to have resolved our differences with Disney. I’m incredibly proud of the work we’ve done together over the years and have greatly enjoyed my creative relationship with the team. I look forward to continuing our collaboration in years to come.

Kenyataan balas dari pengerusi Disney Studios, Alan Bergman turut tersebar:

I’m very pleased that we have been able to come to a mutual agreement with Scarlett Johansson regarding Black Widow. We appreciate her contributions to the Marvel Cinematic Universe and look forward to working together on a number of upcoming projects, including Disney’s Tower of Terror.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *