Categories
Filem Terkini

Kevin Hart Selamat Jalani Pembedahan Kecemasan Rentetan Kemalangan Ngeri!

Bintang filem dan pelawak terkenal, Kevin Hart yang dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang serius dan ngeri pada hujung minggu lalu telah selamat menjalani pembedahan kecemasan.

Berdasarkan sumber-sumber yang kami perolehi, kereta vintaj klasik Plymouth Barracuda telah melencong dan tersasar ke persisiran ngarai lebuhraya Mulholland dan masuk ke dalam parit lebih kurang 10 kaki dari jalan utama. Bumbung kenderaan tersebut telah remuk teruk akibat hentakan yang berlaku,

Beliau amat bernasib baik kerana terselamat daripada kecelakaan lebih parah dan dapat pulang semula ke rumah untuk mendapatkan rawatan segera yang kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan kecederaan belakang.

Menurut isteri beliau, Eniko Hart, pembedahan itu telah selamat dilakukan dan suaminya dijangkan akan pulih dan kembali sihat. Kevin Hart masih ditahan di hospital dalam tempoh beberapa hari ini untuk proses pemulihan serta pemeriksaan rapi.

Teman akrab beliau, Dwayne “The Rock” Johnson turut menzahirkan ucap selamat menerusi media sosial seperti yang terlihat di bawah ini:

 

View this post on Instagram

 

Stop messing with my emotions brother @kevinhart4real. We have a lot more laughing to do together. Love you man. Stay strong 🙏🏾

A post shared by therock (@therock) on

Perkembangan terkini akan kami pantau dan laporkan dari masa ke semasa.

Kevin Hart membintangi filem Jumanji: The Next Level bersama Dwayne Johnson, Jack Black, Karen Gillan dan ramai lagi untuk tayangan rasmi pada 13 Disember, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published.