Categories
Blog

Kuasa Strim (21/2019)

Sejak kebelakangan ini, berlumba-lumba konglomerat dan korporat media menggerakkan jentera kandungan digital strim mereka ke seluruh antero dunia.

Pelopornya Netflix disusuli dengan Amazon Prime, Hulu, DC Universe, iFlix dan yang akan datang iaitu Disney+ dan Apple adalah beberapa contoh popular yang boleh saya berikan dewasa ini. Persaingan mereka semakin menjadi-jadi dengan konten yang semakin lama semakin kompetitif dan baik. Lebih baik sekiranya kandungan itu adalah eksklusif dan memang sudah sedia setia mempunyai pengikut tegarnya yang tersendiri.

Tambah-tambah lagi kita selaku peminat komik, filem dan siri adaptasi di antaranya.

Pada era di mana kita semakin jarang dan jauh menonton program televisyen menerusi kaca televisyen itu sendiri, ini bukanlah sesuatu yang aneh.

Apapun peralihan platform atau perpindahan pelantar kandungan itu tadi, hanya ada satu konsep kejayaan serta kecemerlangan besar yang perlu tetap dijaga setiap masa:

Konten itu sendiri.

Kerana Content is still King!

Leave a Reply

Your email address will not be published.