Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

LAPORAN BERITA HARI INI | 1 OGOS 2021

Presiden Marvel Studio “Marah dan Malu” Kes Saman Disney dan Scarlett Johansson!

Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, bintang Black Widow iaitu Scarlett Johansson telah mengemukakan tuntutan terhadap Walt Disney Co. sekaliguys menuduh bahawa kontraknya telah dilanggar ketika filem Marvel Studios terbaru lakonannya ditayaangkan serentak menerusi Disney+ dan pawagam terpilih seluruh dunia. Pihak Disney telah mengeluarkan kenyataan balas sejurus selepas berita itu disiarkan serta menyebut tindakan tersebut “menyedihkan dan tidak sensitif” kerana tidak menghiraukan kesan global yang masih berterusan akibat wabak COVID-19.”

Situasi ini amat mendatangkan impak dan kesan negatif. Walaupun kebanyakan peminat menunjukkan sokongan kepada Scarlett Johansson, ada juga yang berpihak kepada Disney. Salah satu individu yang sangat tegas dan berpengaruh adalah Presiden Marvel Studios sendiri, Kevin Feige.

Sumber media hari ini ada melaporkan bahawa Kevin Feige telah melobi Disney supaya Black Widow ditayanhkan di pawagam sahaja buat masa ini untuk memenuhi kehendak pelakon tersebut.

Menurut beliau:

“Kevin Feige is a company man and prone to corporate showdowns or shouting matches. But I’m told he’s angry and embarrassed He lobbied Disney against the day-and-date plan for Black Widow, preferring the big screen exclusivity and not wanting to upset his talent.”

Kami turut juga diberitahu bahawa ketika filem itu kini mula merudum kutipannya di box office, Kevin Feige masih berusaha memohon Disney untuk menyelesaikan menerusi rundingan dua hala dengan Scarlett Johansson sebelum mengancam mengambil tindakan undang-undang.

Kami pasti akan ada kemas kini terbaru untuk dikongsi tidak lama lagi tetapi sementara itu, sama-samalah kita mengambil sikap tunggu dan lihat.

 


Emma Stone Turut Tekad Menyaman Disney untuk Strategi Tayangan Cruella!

Kes saman menyaman berterusan antara Disney dan bintang-bintang Hollywood.

Terkini Emma Stone dilaporkan menuruti jejak langkah Scarlett Johansson serta menuntut akan menyaman Disney di atas strategi tayangan filem Cruella.

Desas-desus tindakan Emma Stone yang mungkin akan terus menggugat Disney ini telah kedengaran pada yang sama kes Scarlett Johansson berjalan. Malah pihak media juga telah menamakan Emily Blunt sebagai bintang Hollywood lain yang mungkin akan mengambil tindakan saman untuk filem Jungle Cruise kerana tayangan serentak di pawagam dan Disney+ Premier Access, sama seperti Black Widow dan Cruella.

Menurut peguam John Berlinski, Disney dengan sengaja telah menyebabkan pelanggaran perjanjian tanpa kebenaran untuk mengelakkan Scarlett Johansson menyedari sebarang perjanjiannya dengan Marvel.

“This will surely not be the last case where Hollywood talent stands up to Disney and makes it clear that, whatever the company may pretend, it has a legal obligation to honor its contracts.”

Cruella dan Black Widow kedua-duanya boleh didapati di pawagam dan di Disney + Premier Access.

 


Pengarah LOKI Percaya Infinity Saga Telah Didalangi Kang!

Episod terakhir Loki telah mengubah semua yang kita fikirkan dan tahu tentang Marvel Cinematic Universe (MCU) selama ini.

Dengan kematian He Who Remains dan kelahiran Multiverse, varian Kang the Conqueror itu mendedahkan bahawa satu bencana besar bakal berlaku kesan daripada keputusan yang diambil oleh Loki dan Sylvie.

Dalam satu kenyataan terbaharu pengarah Loki, Kate Herron menghuraikan kesan dominasi Kang terhadap MCU dan mengesahkan bahawa penjahat itu pada dasarnya telah merencakan plot cerita Infinity Saga secara tidak langsung.

Menurut beliau:

“Kang have confess that he has paved the road and we just walked down it.’I guess in theory he would’ve scripted the Infinity Saga because by our show that’s what we’re saying. Everything has been predetermined by this one character, even if up to this point we’ve believed the characters have had free will. I don’t know what’s going to happen because there’s an interesting discussion still at hand.”

Kami tidak tahu apa yang akan berlaku apabila Kang the Conqueror muncul kelak di dalam MCU. Tetapi itu semestinya akan menjadi masalah besar kerana jelas sekali Kang merupakan penjahat yang berpotensi menjadi sehebat Thanos dan mungkin juga arkitek kepada Secret Wars seperti di dalam komik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.