Categories
Uncategorized

LAPORAN BERITA HARI INI | 1 SEPTEMBER 2021

📌 Pengarah SHAZAM! FURY OF THE GODS Umum Tamat Penggambaran!

Kami menjangkakan untuk melihat pandangan pertama filem sekuel Shazam! Fury of the Godsmenjelang acara DC FanDome bulan hadapan dan pada hari ini pengarah David F. Sandberg dengan secara rasmi telah mengumumkan bahawa produksi untuk naskah tersebut telah punberakhir.

Kita telah melihat seluruh Keluarga Shazam dengan kostum mereka yang direka semula pada bulan Jun lalu, oleh ramai peminat berharap pihak studio akan mendedahkan lebih banyak lagi setelah penggambaran selesai. Buat masa ini, kita hanya dapat melihat papan clapperboard dan logo filem tersebut yang telah dimuatnaik oleh pengarah itu di Twitter:

Sekuel Shazam bakal menyaksikan kembalinya Zachary Levi sebagai watak utama di samping Asher Angel sebagai Billy Batson, Jack Dylan Grazer sebagai Freddy Freeman, Meagan Good sebagai Darla, Ross Butler sebagai Eugene, Grace Fulton sebagai Mary, D.J. Cotrona sebagai Pedro dan Adam Brody sebagai Freddy. Turut membuat kemunculan baharu kali ini adalah Rachel Zegler, Helen Mirren dan Lucy Liu sebagai anak perempuan Atlas.

Shazam: Fury of the Gods akan berada di pawagam pada 2 Jun, 2023.

 


📌 Treler Rasmi Akhir MALIGNANT Perkenalkan Aliran Seram Baharu James Wan!

Jumaat depan, James Wan akan kembali dengan gaya asal pengarahannya dan memperkenalkan kita kepada dunia serta visi baharu filem seram yang diberi judul Malignant.

Ia akan membuat debut secara serentak di pawagam dan juga HBO Max pada 10 September.

Walaupun perincian plot masih lagi amar, sinopsis rasmi filem yang dikongsikan adalah seperti berikut:

“Madison is paralyzed by shocking visions of grisly murders and her torment worsens as she discovers that these waking dreams are in fact terrifying realities.”

 

Ini merupakan filem seram James Wan yang terkini selepas kali terakhir muncul dengan The Conjuring 2 pada tahun 2016. Sepanjang kariernya, beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan francais filem Saw dan Insidious dan pernah beralih arah dengan filem Furious 7 and Aquaman.

James Wan kini sedang sibuk mempersiapkan projek sekuel filem Aquaman and the Lost Kingdom yang dijangkan akan berada di pawagam pada bulan Disember 2022.

 


📌 Sitkom Reboot FRESH PRINCE OF BEL-AIR Temui Pengganti Will!

Bel-Air, drama sitkom reboot untuk siri sukaramai The Fresh Prince of Bel-Air akhirnya telah menemukan Will baharu.

Hari ini, sebuah video tular yang menyaksikan bintang asalnya, Will Smith telah memperkenalkan pendatang baharu bernama Jabari Banks tampil untuk mengambil alih tempatnya.

Berdasarkan sinopsis sitkom tersebut yang akan disiarkan menerusi saluran Peacock:

“Set in modern-day America, Bel-Air is a serialized one-hour dramatic analogue of the 90’s sitcom The Fresh Prince of Bel-Air that leans into the original premise: Will’s complicated journey from the streets of West Philadelphia to the gated mansions of Bel-Air. With a reimagined vision, Bel-Air will dive deeper into the inherent conflicts, emotions and biases that were impossible to fully explore in a 30-minute sitcom format, while still delivering swagger and nods to the original show.”

Pernah popular pada tahun 1990-1996, siri The Fresh Prince of Bel-Air telah dibintangi Will Smith, James Avery, Janet Hubert-Whitten dan Alfonso Ribeiro.

Ia melancarkan karier lakonan Will Smith menerusi filem-filem hebat seperti Independence Day, I, Robot, I Legend, Wild Wild West dan banyak lagi.

Bel-Air masih belum menerima sebarang tarikh tayangan perdana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.